• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Bentang Usul Malaysia Sertai TPPA Di Dewan Rakyat Selasa Depan

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dijangka mencadangkan usul bagi Malaysia menjadi sebahagian negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Dewan Rakyat, Selasa depan.

Perkara itu dinyatakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas yang dimuat naik dalam Portal Rasmi Parlimen Malaysia hari ini di www.parlimen.gov.my/.

“Bahawa Dewan ini menyokong keputusan Kerajaan bagi Malaysia untuk menjadi sebahagian anggota negara TPPA dengan menandatangani dan meratifikasi TPPA,” menurut portal itu mengenai aturan mesyuarat berkenaan.

Portal itu turut menyatakan Mustapa antara lain akan mencadangkan Dewan Rakyat menerima kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi dan pelancongan.

“Bahawa Dewan ini mempersetujui penglibatan Malaysia dalam TPPA akan memperkukuhkan daya saing Malaysia di peringkat serantau dan global,” menurutnya.

Portal Parlimen itu menyatakan bahawa Mustapa akan turut mencadangkan bahawa dalam memutuskan penyertaan Malaysia dalam TPPA, Dewan Rakyat menyeru agar semua pihak bersama-sama berusaha menjayakan matlamatnya.

Berdasarkan takwim Parlimen, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan berlangsung pada Selasa dan Rabu depan manakala Mesyuarat Khas Dewan Negara pula berlangsung pada Khamis bagi membincangkan sebelum meluluskan usul bagi Malaysia menyertai TPPA.

Malaysia adalah antara 12 negara bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Okt 2015. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedTPPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd