Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Penjawat Awam Di...

PUTRAJAYA - Aktiviti penjawat awam di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini berjalan...

Pembangkang, Kem Muhyiddin ‘Main’...

KUALA LUMPUR - Pembangkang mengambil kesempatan daripada penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin...

SPRM Siasat Semua Laporan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat semua laporan secara profesional...

RoS Bakal Haram UMNO,...

BALAS DENDAM!... Tentu ramai masih lagi ingat bagaimana isu Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Gadis Rakaman Culik Menipu, Rupanya Lari Ikut Boyfriend!

SIAPA sangka, rupa-rupa satu Malaysia ditipu ‘hidup-hidup’ dengan drama sebabak yang dicipta oleh seorang gadis berusia 14 tahun, yang sebelum ini dipercayai diculik susulan rakaman audionya menjadi viral.

BACA: Video: Rakaman Perbualan Remaja 14 Tahun Diculik Van Putih

Hanya gara-gara mahukan hidup bebas, gadis yang dikenali sebagai Nur Amirah Athirah Abdul Majid sanggup berbohong terhadap keluarganya dengan membuat panggilan palsu menyatakan konon dirinya diculik.

BACA: Rakaman Culik Jadi Viral, Buat Ibu Mangsa Tambah Bimbang

Lebih parah, remaja yang tidak bersekolah ini sebenarnya lari mengikuti teman lelakinya yang baharu sahaja dikenali kira-kira seminggu.

NUR AMIRAH ATHIRAH ABDUL MAJID

Teka-teki helah penculikan ini terbongkar setelah pihak polis berjaya menemui gadis berkenaan bersama teman lelakinya, Gan Chin Teck berusia 19 tahun.

Mereka turut ditemui bersama-sama seorang kanak-kanak, Nurqistina, 6; di hadapan stesen minyak di Kanchong Darat Banting, Selangor, kira-kira 10 malam pada Khamis.


Hasil siasatan pihak polis, Athirah mengaku dirinya tidak diculik dan berbuat demikian kerana inginkan hidup bebas.

Menurut gadis ini, sepanjang kehilangannya menumpang di rumah bapa angkatnya yang dikenali sebagai Nizam di Bandar Sungai Emas, Banting.

Pada masa yang sama, gadis tersebut mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.

Terdahulu, ibu remaja ini, Asmah Mamai, 33; membuat laporan polis setelah menyedari anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah mereka yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang kira-kira 10 malam, pada Ahad lalu.

Ibu bapa Athirah
Ibu bapa Athirah

Bagaimanapun, Athirah dikatakan sempat hubungi ahli keluarganya mendakwa dia konon diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat lihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Malah, Athirah dalam rakaman itu berkata, dia tidak diculik berseorangan, sebaliknya mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam van berkenaan, dipercayai diculik. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Orang Utan Bunting Kena Perkosa Berita Palsu

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HDbkFw9MhXA]

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori