• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Sosial: Hukuman Berat Adalah Perlu

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes hasutan melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook dijangka terus meningkat dan bakal mendominasi senarai kes mahkamah, kata pengamal undang-undang.

Oleh itu peguam Rezal Mazli Abdul Muin menyarankan agar tindakan tegas termasuk hukuman penjara mandatori dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah menggunakan laman sosial terutama bagi tujuan menghasut.

Beliau berkata hukuman sedia ada seperti denda yang dilihat umum sebagai ringan seolah-olah memberi ruang kepada pihak tersebut untuk sewenang-wenang melakukan kesalahan tersebut.

“Hukuman berat mampu mendidik dan menjadi amaran kepada anggota masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya menyebar berita palsu melalui laman sosial sehingga boleh memudarat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa laman sosial merupakan saluran untuk orang ramai berbincang atau memberi komen seperti ‘bersembang-sembang di kedai kopi’ tetapi oleh kerana sikap masyarakat yang gemar menyalahgunakannya menjadikan kebebasannya perlu disekat.

Bagi Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed, kerajaan perlu mengkaji semula atau menambah baik beberapa perkara terutama dari sudut pemberatan hukuman pemenjaraan.

“Ini berikutan beberapa kes sebelum ini dilihat seperti tidak memberi pengajaran. Dengan penambahbaikan tersebut, ia bukan sahaja boleh memberi pengajaran terhadap pelaku tetapi kepada anggota masyarakat secara am,” katanya.

Beliau berkata seseorang individu cenderung untuk mengambil kesempatan terhadap perkembangan teknologi untuk menyebarkan sesuatu perkara dengan pantas.

“Ianya dilihat sebagai satu perlumbaan atau pertandingan untuk menyebarkannya dengan menggunakan apa sahaja saluran terutama WhatsApp, Facebook, Blog atau Twitter tanpa mengetahui kesahihannya,” katanya.

Seorang lagi peguam, Fahmi Abd Moin berkata jika tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan, jumlah mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan laman sosial akan meningkat.

Sehubungan itu beliau menyambut baik tindakan kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggunakan media sosial bagi tujuan memfitnah, menyalahgunakan atau menghasut orang lain untuk memperkecilkan kedudukan atau menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan.

Beliau berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) perlu sentiasa ke hadapan bagi membendung gejala itu selain menanam kepercayaan masyarakat terhadap PCIRC.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata Islam turut melarang penyebaran berita palsu kerana ia boleh memudarat orang lain. – BERNAMA

Tags: hukumanmedia sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

30/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius satu hantaran media sosial yang didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta ajaran mengelirukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd