• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Indonesia Di Bangkok Ini Tiada Jiwa Indonesia

oleh
30/01/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOLAT Jumat di negara orang banyak cabaran tersendiri, apalagi di sebuah negara majoriti penduduknya non Muslim. Walaupun di Bangkok, ibu kota Thai relatif banyak terlihat masjid, namun tetap sahaja bukan hal mudah.

Di daerah tertentu di sekitar Hua Lamphong sukar ditemui masjid terdekat. Saat itu kebetulan saya baharu saja ambil tiket tren MRT saat hendak solat Jumaat. Masjid terdekat adalah Masjid Jawa dan Masjid Indonesia.

Letaknya kurang 3 kilometer dari stesen. Daripada dua masjid tersebut yang mudah dijangkau menurut aplikasi Google Map ialah Masjid Indonesia, jadi kami sekeluarga pun segera naik MRT menuju ke taman Shukumvit.

Kemudian dilanjutkan naik bas menuju Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) yang merupakan hentian terdekat dari masjid itu. Malangnya kami salah turun bas kerana bangunan kedutaan itu masih ada satu hentian lagi.

Terpaksa kami berjalan kaki sambil menyeberang jalan. Tidak jauh setelah menyeberang, terdapat penunggang motosikal teksi atau ojek terdekat menuju ke masjid dan rupa-rupanya ada pangkalan ojek di hujungnya.

masjid indon3

Langsung sahaja kami naik tiga ojek dengan tambang hanya 10 baht untuk sebuah ojek. Jaraknya memang jauh sekitar 500 meter dari tepi jalan raya ke dalam laluan sempit. Di sinilah Masjid Indonesia itu berada.

Terletak antara perkampungan penduduk yang tampak agak sesak walaupun bersih. Kebetulan waktu azan Jumaat masih sekitar setengah jam lagi, kami sempat sembang dengan seorang wanita seperti pengurus masjid setempat.

Dia rupa-rupanya orang Thai berketurunan Padang, dengan bapanya memang berasal dari Padang tetapi ibunya pula anak jati Bangkok. Sedihnya dia sudah tidak boleh berbahasa Melayu kecuali beberapa perkataan sahaja.

Antaranya “selamat datang, apa khabar, terima kasih”. Selebihnya kami terpaksa menggunakan bahasa Inggeris sepatah-patah. Dari ceritanya, sekarang ini masjid Indonesia dikelola oleh warga setempat Thai sendiri.

Jemaahnya selain warga Thai Muslim, juga penduduk keturunan Arab atau India, sementara orang Melayunya sendiri sudah jarang dilihat. Namun agar tetap tampak Indonesia, Kedutaan Besar Indonesia kerap ke situ.

masjid indon2

Setiap hari libur Sabtu dan Ahad, Masjid Indonesia ini ujar wanita tersebut, memang aktif digunakan oleh anak-anak pegawai dari kedutaan republik itu yang beragama Islam untuk dihantar mengaji al-Quran.

Ketika waktu azan Zohor tiba, kami segera mengambil wuduk dan bersiap untuk pergi solat Jumaat di lantai dua. Walaupun namanya Masjid Indonesia, ironi hampir tidak ada nuansa Indonesia dalam masjid tersebut.

Yang tinggal hanya papan tanda ucapan ‘Selamat Datang’ dan jam dinding pemberian bekas almarhum Presiden Suharto. Khutbahnya sendiri disampaikan khatib dalam bahasa Thai, sehingga kami pun jadi terpinga-pinga.

Kecuali saat dibaca ayat-ayat al-Quran, kami mulai faham sedikit tema apa yang disampaikan. Jemaahnya pun sebahagian besar penduduk tempatan dan sebahagian lagi wajahnya tampak seperti orang Arab atau India.

Tiada terlihat wajah-wajah dari Kedutaan Besar Indonesia waima jiran kita Malaysia dan Brunei di situ, malah dilihat daripada bahasa yang digunakan dalam masjid juga tidak satupun mengandung kata-kata Melayu.

Usai solat, saya sempat rakam foto dan membaca sebuah plakad menceritakan sejarah masjid. Rupanya masjid Indonesia didirikan oleh orang Jawa Muslim tahun 1949 dengan masyarakat lokal yang memeluk agama Islam.

masjid indon1

Mereka dipimpin oleh Haji Salae kemudian bersepakat menamakan ia sebagai Masjid Indonesia setelah mendapat izin dari Kedutaan Besar Indonesia sebagai tanda peringatan akan kampung halaman asal mereka di Jawa.

Awalnya masjid itu didirikan daripada kayu hingga tahun 2005 apabila diubah suai menjadi bangunan seperti yang tampak sekarang. Sementara sebuah jam dinding klasik merupakan hadiah pemberian Presiden Suharto.

Beliau memberinya ketika berkunjung ke Thailand pada 1970. Setelah selesai, kami bersalaman dengan pengurus masjid itu untuk meneruskan perjalanan. Kali ini jalan yang kami tempuh berbeza dengan jalan masuk.

Tadi masuk dari arah selatan masjid, maka sekarang keluar dari arah utara masjid. Kerana tiada ojek, terpaksa kami jalan kaki hampir 500 meter jauhnya ke arah jalan raya yang bersebelahan dengan Kedutaan Besar AS.

Sedikit membezakan dengan kedutaan AS di Jakarta, di Bangkok tidak tampak kawalan ketat sampai ada kawat berduri, walhal Bangkok baharu beberapa bulan lalu diserang bom dekat kuil Erawan tidak jauh dari sini.

– Nota: Catatan peribadi pengembara oleh Dizzman dipetik daripada akhbar berpengaruh Indonesia, Kompas yang disiarkan pada 29 Januari 2016.

Baca: Cerita Unik Masjid Moscow, Kedua Terbesar Di Eropah

Juga: Catatan Sedih Pengembara Solo, Dihalau Masjid Seoul

Lagi: Hampir 1,000 Memeluk Islam Setahun Di Singapura

Tags: Indonesiamasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd