• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maria Farida Nafi Abai Anak Tiri, Kongkong Suami

oleh Ahmad Albab
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARIA Farida mengakui tidak memahami mengapa anak tirinya memburukkan namanya dan suami dan dia juga menafikan bahawa dia mengongkong suaminya itu.

“Antara sebab saya jatuh cinta dengan suami kerana sikap penyayangnya. Bayangkan walaupun keempat-empat anak tersebut bukan darah dagingnya.

“Namun dia tetap mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka seperti seorang ayah kandung.

“Malah selepas bercerai dengan bekas isterinya sebelum ini, mereka lebih jelas sebenarnya suami saya hanya bertindak sebagai penjaga sahaja.

“Dalam keadaan ini saya tidak pernah mahu menghalang suami meneruskan tanggungjawabnya seperti yang dilakukannya sebelum ini iaitu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan menyediakan segala keperluan, itu yang tetap diberikan suami saya sehingga saat ini.

“Malah saya sendiri cukup selesa dengan hubungan yang terjalin sebelum ini dengan anak tiri suami saya. Sebab saya tahu suami terlalu sayangkan mereka,” jelas Maria kepada Utusan Malaysia.

Dia juga menjelaskan dia dan suami memang bersetuju untuk mengambil dua anak kandung suaminya namun dalam masa yang sama turut menyediakan sebuah kediaman mewah untuk Nurshazleen Anis tinggal bersama adiknya yang lain.

“Malah setiap minggu juga suami dan saya akan membelikan keperluan rumah untuk mereka. Tidak sekadar itu, untuk keselesaan mereka juga, suami turut memberikan sebuah kereta mewah buat kegunaan harian mereka.

“Sehingga ke hari ini juga, suami saya tidak mahu mereka terasa hati dengan apa yang berlaku. Jadi dia ambil tanggungjawab menyediakan kehidupan yang sama seperti sebelum ini.

“Jadi di bahagian mana, suami saya atau bekas bapa tiri mereka ini membiarkan mereka?” soal Maria. – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd