Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Penyokong Tuntut Stadium Shah...

SHAH ALAM – Penyokong Red Giants menuntut kerajaan negeri Selangor mengetepikan kemelut politik...

SOP ‘Lawan’ COVID-19 Perlu...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat prosedur operasi...

TPM Lancar Pelan Amalan...

JASIN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Pelan...

Akibat Gangguan Makhluk Halus,...

SEORANG guru wanita ditemui rentung dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran...

Mampu Bendung Virus Zika

Bangkok – Kerajaan Thailand memberitahu hanya satu kes jangkitan virus zika dilaporkan di negara itu pada tahun ini dan yakin mampu membendung wabak berkenaan.

Virus bawaan nyamuk itu menyebabkan kecacatan kelahiran termasuk banyak kes bayi dilahirkan dengan kepala yang kecil di Brazil.

Wabak itu mencetuskan panik di Brazil apabila kerajaan mengerahkan lebih 200,000 askar untuk menghapuskan nyamuk punca virus berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin berkata, virus itu merebak dengan sangat pantas dan mungkin menjangkiti empat juta orang di benua Amerika.

Virus zika disebarkan melalui nyamuk Aedes yang turut menjadi punca demam denggi, demam kuning dan penyakit tropika lain.

Ketika ini tiada rawatan atau vaksin untuk virus berkenaan.

Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Amnuay Gajeena berkata, hanya satu kes jangkitan zika dilaporkan pada tahun ini dan risiko ia merebak juga rendah.


“Thailand adalah sebuah negara bersaiz sederhana dan mempunyai sistem kesihatan awam yang baik serta kemudahan perubatan yang mudah diakses,” katanya.

Kementerian Kesihatan Awam memberitahu, zika kali pertama dikesan di Thailand pada 2012 dan menyaksikan purata lima kes setahun.

Bagaimanapun, penolong profesor di Jabatan Perubatan Tropika, Universiti Mahidol di Bangkok, Kriengsak Limkittikul berkata, maklumat mengenai zika di negara itu belum mencukupi.

“Kini hanya menunggu masa sebelum lebih banyak kes jangkitan virus berkenaan dilaporkan,” katanya.

Pada awal bulan ini, Taiwan melaporkan satu kes jangkitan zika dari seorang lelaki yang datang dari utara Thailand. – Reuters/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori