• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sukar Capai Negara Maju Jika Tolak TPPA

oleh Ahmad Albab
25/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Malaysia akan terlepas banyak peluang untuk merapatkan jurang kemajuan serta sukar mencapai status negara maju berpendapatan tinggi jika memilih untuk menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Malah, jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menerusi TPPA, negara dijangka menerima pelaburan tambahan sebanyak USD136 bilion hingga USD239 bilion selain dapat mewujudkan dua juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2027 yang sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Pelaburan yang masuk ini mampu mencipta pasaran dan perniagaan lebih meluas. Jika pasaran dalam negara kecil seperti Malaysia tidak cukup, kita harus menerima pembaharuan agar perniagaan kita terus berkembang.

“Kerajaan merasakan amat penting untuk merebut peluang yang menjadi batu loncatan kepada hala tuju negara demi meningkatkan ekonomi rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat TPPA peringkat negeri Perlis di Dewan 2020 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Zamri Khairuddin.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, Malaysia juga akan kehilangan banyak peluang perdagangan dan pelaburan jika memilih untuk menolak TPPA.

“Sebaliknya, Singapura dan Vietnam yang menyertai TPPA akan dapat menarik lebih banyak perdagangan dan pelaburan asing ke negara mereka.

“(Ini akan menyebabkan) Malaysia akan beransur-ansur ketinggalan dan menyebabkan jurang kemajuan kita dengan mereka semakin luas kerana TPPA memberi manfaat terhadap pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek termasuk peningkatan pasaran, pembangunan dasar dan kecanggihan teknologi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar menimbang setiap maklumat TPPA dan menolak andaian tidak berasaskan fakta yang bertujuan menakutkan masyarakat.

“Kita tidak harus terpengaruh (dengan andaian) akan dikuasai Amerika Syarikat. Banyak lagi negara yang menyertai TPPA seperti Australia, Brunei, Kanada, Jepun, Singapura dan New Zealand yang bebas menetapkan hala tuju mereka walaupun menandatangani TPPA.

“Malah, TPPA tidak terus dikuatkuasakan selepas ditandatangani. Ada tempoh enam bulan untuk kita timbang dan lihat kesan pelaksanaannya dan jika ia menjejaskan banyak perkara, kita boleh keluar tanpa syarat,” katanya.

Mustapa turut menegaskan, Malaysia tidak ditekan oleh mana-mana pihak supaya menyertai TPPA dan kerajaan telah menimbang kesannya selain memastikan hak Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak tergugat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]VQKK8YdrDUk[/wpdevart_youtube]

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd