KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan pertemuan dengan Timbalan Putera Mahkota yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mohammad Salman pada Rabu lalu.
Hishammuddin berkata, turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan Indonesia, Datuk Seri Abdul Aziz Muhammad Tamit dan Timbalan Menteri Pertahanan Brunei.
“Pertemuan diadakan di Al-Yamama Palace di Riyadh bagi membincangkan beberapa isu semasa terutama mengenai cara negara-negara masing-masing boleh meningkatkan kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan.
“Ia selaras dengan usaha untuk menggalakkan kerjasama lebih erat antara Arab Saudi dan tiga rakan-rakan muslim ASEAN,” kata dalam satu kenyataan media hari ini.
Hishammuddin berkata, satu Memorandum Persefahaman turut ditandatangani diantara beliau dan Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi mengukuhkan kerjasama pertahanan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan industri. – Mynewshub.cc
![PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong](https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-19-at-23.26.26.jpeg)
