• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Raikan Cinta Sukur, Wani Disambut Meriah

oleh AK-47
10/01/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENARLAH bagai dikatakan bahawa jodoh dan pertemuan itu sememangnya rahsia Allah SWT. Tiada siapa pun yang dapat menidakkan sesuatu perkara yang telah ditetapkan olehNya.

Begitulah juga kisah percintaan antara seorang lelaki kurang upaya sejak lahir, Mohd. Sukur Bin Ibrahim dengan pasangannya, Wan Nurul Syazwani Binti Wan Mohd Yen yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin.

Majlis perkahwinan di sebelah keluarga lelaki yang dilangsungkan pada tengah hari Sabtu disambut penuh meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan.

Baca: Wira Mynewshub – Cacat Bukan Penghalang Untuk Berjaya

kahwin

Saat-saat indah kedua pasangan ini ketika diarak menuju ke pelamin.
Saat-saat indah kedua pasangan ini ketika diarak menuju ke pelamin.

Pasangan dua sejoli yang mengenakan persalinan berwarna merah ini bersanding pada jam 1 tengah hari tiba di pekarangan rumah di Sungai Udang, Melaka, dengan menaiki kereta mewah Mercedes Benz milik Mohd. Sukur.

Merpati dua sejoli ini ketika bersanding di atas pelamin serba indah.
Merpati dua sejoli ini ketika bersanding di atas pelamin serba indah.

Turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan ini ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga merangkap Ahli Parlimen BN Tangga Batu, Melaka, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Dianggarkan lebih 1,000 tetamu datang ke majlis berkenaan termasuk tidak ketinggalan jemputan khas kepada pelbagai wakil media tempatan sendiri.

Mohd Sukur, 32, dan isterinya yang berusia 28 tahun itu selamat diijabkabulkan pada tanggal 11 Disember tahun lalu di Felda Selancar 2, Segamat, Johor.

Kisah perjalanan hidup Mohd. Sukur sebelum ini pernah disiarkan oleh Mynewshub pada 20 Disember 2015.

Semoga perkahwinan ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kurnia dariNya serta diharapkan jalinan ikatan suami isteri ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. – MYNEWSHUB.CC


Persandingan Sukur & Wani oleh mynewshub

Tags: Mohd Sukur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Gembira Mohd Sukur Bertemu Jodoh Wanita Sempurna

12/01/2016
0

KISAH Mohd Sukur Bin Ibrahim, 32, mencuri perhatian rakyat Malaysia kerana keistimewaannya yang dilahirkan berkeadaan kurang upaya, namun berjaya mencipta kejayaan luar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd