Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat penempatan di...

Kapal LMS Penuhi Keperluan...

KUALA LUMPUR - Pembelian empat kapal misi pesisir (LMS) dari China berupaya memenuhi...

Mahasiswa Cemerlang Miliki Syarikat...

KUALA TERENGGANU - Di saat mahasiswa lain runsing memikirkan pekerjaan selepas tamat pengajian,...

Polis Serbu 106 Pusat...

JOHOR BAHRU - Seramai 399 orang pemain judi dan 118 penjaga premis ditahan...

Wira Mynewshub: Cacat Bukan Penghalang Untuk Berjaya

DIKURNIAKAN anggota tubuh badan yang tidak sempurna bukanlah bebanan buat lelaki ini untuk terus mengejar cita-cita dan mampu berjaya seperti mereka yang lain.

Mohd. Sukur Bin Ibrahim sejak lahir telah diuji dengan kekurangan anggota fizikalnya namun berkat kesabaran dan ketekunan di dalam perniagaan, beliau kini mampu memiliki tiga buah rumah dan sejumlah aset yang besar.

Menerusi perkongsian di Facebook Khairul Ezuwan, kami kongsikan kisah inspirasi lelaki ini yang juga merupakan seorang tauke karpet, perunding kewangan dan ahli motivasi.

Diharapkan pembaca dapat menjadikan kisah saudara Mohd. Sukur sebagai motiviasi buat anda yang sering merungut dengan rezeki kecil yang dikurniakan oleh Tuhan selama ini.

oku

Hari ini saya ingin menulis sebuah kisah inspirasi seorang yang pada fizikalnya tidak sempurna tetapi itu langsung tidak menjadi alasan pada beliau untuk jadi insan yang hebat lebih daripada orang yang sempurna di mata.

Ogos 2015 yang lalu saya terserempak dengan beliau di GBOP CWA di Petaling Jaya dan beliau minta ingin bergambar. Saya kenal beliau sebab beliau adalah Pemegang Malaysian Book of Record , “shortest Man”. Saya tak perasan rupanya beliau salah seorang yang ada dalam ‘friend list FB’ saya dan beliau tahu penghijrahan saya dari Maybank ke CWA waktu itu.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam IT di UKM. Sekarang beliau seorang usahawan karpet pasang yang telah beroperasi lebih daripada 5 tahun. Beliau juga seorang Agency Supervisor di CIMB Wealth Advisors sama seperti saya cuma berbeza agensi.

Lebih mengagumkan saya beliau adalah seorang Perunding Motivasi yang telah terbang ke seluruh Malaysia memberikan inspirasi kepada orang ramai. Memang anda sangat layak Brother!!.

oku1

oku2

Apabila melihat beliau jangan tercebis rasa simpati kerana saya yakin beliau jauh lebih kuat daripada orang lain yang perasan diri cukup sempurna. Sepanjang pertemuan dengan beliau tempoh hari, mata saya liar melihat aksi beliau berjalan, angkat telefon, betulkan rambut, bersalam.

Terdetik pada hati waktu itu, Kalau aku yang dilahirkan sempurna seperti ini kurang keyakinan diri, alangkah teruknya aku kalau tidak sempurna. Mungkin tiada langsung keyakinan pada diri.


Orang yang sempurna terpaksa memalsukan diri, Pakai make up tebal-tebal, Pakai baju mahal bertukar ganti, jam tangan mewah, kereta mewah untuk mendapatkan keyakinan pada diri.

Kami terpaksa ada itu semua bukan sahaja meyakinkan orang, malah nak memberi inspirasi pada diri sendiri. Alangkah kagumnya saya dengan beliau, rupanya kekurangan beliau adalah keyakinan diri paling kuat dalam diri beliau sendiri.

Orang yang sempurna ada yang Malas bekerja, tidak cukup gaji, hanya merungut ke sana sini tanpa mencari jalan keluar. Masakan tidak, walaupon beliau mempunyai bisnes sendiri yang kukuh, beliau buat kerja ‘part time’ sebagai konsultan kewangan.

Saya tidak nampak beliau berdiri, berjalan, diusung 0leh orang lain, beliau berdiri atas kaki beliau sendiri. Walaupun satu langkah kita sama dengan 8 langkah beliau, saya tak nampak beliau lelah tetapi berjalan dengan penuh semangat dan yakin.

Kalau anda nak tahu juga, beliau mempunyai 3 buah rumah setakat hari ini termasuk sebuah rumah ‘Superlink’ di Bandar Putra Mahkota Bangi hasil titik peluh beliau sendiri. Adakah kita yang sempurna ini terus nak negatifkan diri kita yang mana telah dikurniakan kelebihan dari awal lagi?

Sedangkan orang seperti beliau merangkak mencari kesempurnaan. Tiada apa lagi yang boleh saya ungkapkan selain saya terlalu kagum dengan beliau. Saya yakin beliau akan terus maju dan maju kerana beliau mempunyai motivasi diri yang tinggi dan saya doakan beliau terus memberi inspirasi kepada orang ramai.

Untuk berjaya kekuatan dalam diri mengatasi segala-galanya.

Orang yang saya maksudkan adalah Mohd. Sukur Bin Ibrahim, anda semua perlu ‘follow’ beliau. Beliau merupakan seorang yang bagi saya layak menjadi salah seorang sumber inspirasi utama rakyat Malaysia. - MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Khairul Ezuwan, Mohd Sukur Bin Ibrahim

[wpdevart_youtube]VOFHs8yE9KU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori