Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Puteri UMNO Sediakan Tuisyen...

NILAI - Sejak awal tahun lagi, Mohd Afiq Hayat Ahmad Yazid sudah terbayang...

Kanak-Kanak Maut, Lemas Dalam...

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh dalam...

Malaysia Dapat Manfaat Daripada...

GEORGE TOWN - Malaysia akan mendapat manfaat daripada era baru pengkomputeran pengilangan yang dikenali sebagai Revolusi Pengindustrian Keempat (Industri 4.0), berikutan jangkaan peningkatan dalam pelaburan...

Dua Lelaki Maut, Kereta...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila dua kereta...

Kucing Ala Misai Hitler Disyaki Ada Baka Rosak

LONDON – Mungkin anda pernah melihat kucing yang semacam ‘bermisai’ pendek ini, dan tentunya imej ini mengingatkan anda kepada misai yang sinonim dengan wajah pemimpin terkenal Nazi, Adolf Hitler.

Malah, oleh kerana begitu popular dan amat mencuit hati, sebuah laman web khusus bagi kucing-kucing yang menyerupai kumis kontot Hitler itu turut ditubuhkan pada 2006 – www.catsthatlooklikehitler.com.

Laman itu diasaskan Koos Plegt dan Paul Neve, sebelum dipopularkan menerusi program bual bicara Stephen Colbert Report pada 2010; yang sehingga kini ia memiliki koleksi lebih 8,000 ekor kucing dari seluruh dunia.

Anehnya, sejak bertahun-tahun lalu, ramai pemilik ‘kucing Hitler’ ini di seluruh dunia mungkin melahirkan perasaan bingung mengapa hanya kucing mereka boleh tampil unik bermisai sedemikian rupa!

hitler cat3

Kini, satu kajian saintifik terbaharu mendapati, kucing itu dilahirkan dengan gaya ‘misai pendek’ atau sebenarnya tompok warna hitam di bawah hidung atas sebab-sebab genetik, lapor akhbar The Daily Mail.

Kajian saintis Britain tersebut bahkan mendapati, kucing yang muncul mempunyai bulu dua warna atau bulu bertompok sudah mempunyai bulu sedemikian sejak sebelum mereka lahir lagi di dunia ini.

Ia terjadi apabila sel-sel pigmen gagal menuruti arahan genetik, dan hasilnya, kucing berkenaan mempunyai bulu dengan satu warna, namun tompok-tompok berlainan warna terletak secara rambang di tubuhnya.


Dapatan kajian tersebut diharap dapat memajukan pemahaman tentang keadaan-keadaan penyakit yang serius – seperti lubang di hati – yang juga disebabkan oleh pergerakan sel semasa dalam kandungan ibunya.

hitler-cat-2

Para saintis di Universiti Bath di England dan Edinburgh, Scotland mendapati corak tompokan pada bulu kucing disebabkan oleh versi gen ‘kit’ yang rosak, yang mengurangkan kadar pembiakan sel-sel pigmen.

Apabila kadar pembiakan menjadi perlahan, jumlah sel yang diperlukan untuk menutup keseluruhan kulit kucing itu tidak mencukupi, hingga bulu kucing seperti bertompok-tompok, lapor The Daily Mail lagi.

Para pengkaji di United Kingdom itu kini sudah membangunkan satu model matematik yang boleh mengesan pergerakan sel, dan ia bakal digunakan secara luas untuk mengkaji kondisi lain dengan lanjut.

Dapatan hasil kajian unik mengenai isu kucing ala ‘misai Hitler’ tersebut turut diterbitkan menerusi artikel dalam jurnal saintifik keluaran terbaharu, Nature Communications. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori