• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loji Rawatan Air RM110 Juta Dibina Untuk Penduduk Kerian

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Sebuah loji rawatan air berharga RM110 juta akan dibina di Sungai Rawa di sini untuk menampung permintaan bekalan air bersih oleh penduduk daerah Kerian yang semakin meningkat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata permintaan air bersih di situ dijangka meningkat daripada 79 juta liter sehari sekarang kepada 125 juta liter sehari menjelang tahun 2030.

Beliau berkata projek pembinaan itu dijalankan dalam tiga pakej dengan pakej pertama melibatkan pembinaan loji rawatan air berkapasiti 40 juta liter sehari yang menelan kos RM66.88 juta dan telah bermula Oktober lalu.

Menurut Zambry, Skim Bekalan Air Kerian dilaksanakan oleh Lembaga Air Perak (LAP) bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek Loji Rawatan Air Sungai Rawa, di sini hari ini.

Zambry berkata daerah Kerian terletak di kawasan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) yang sedang giat membangun dan berpotensi untuk pertumbuhan besar. – BERNAMA

Tags: lojiPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd