• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liow Harap Kerjasama Berterusan Pemain Industri Penerbangan

oleh Ahmad Albab
24/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak-pihak berkepentingan dalam industri penerbangan disaran terus bekerjasama dalam mengekalkan dan memacu pertumbuhan sektor itu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airports Holdings Berhad dan syarikat penerbangan perlu bekerjasama dalam usaha mempertingkat ekosistem laluan penerbangan negara terutama di peringkat antarabangsa.

“Laluan penerbangan Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak beberapa tahun ini dan saya amat gembira dengan pergerakan penumpang ke dalam negara melalui lapangan terbang kita yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari Ahad.

Ia dikeluarkan bersempena penerbangan julung kali AirAsia bagi laluan Guangzhou, China-Langkawi hari ini.

Penerbangan itu membawa tetamu termasuk wakil daripada Pihak Berkuasa Pelancongan Guangdong dan pengamal media.

Liow berkata ia merupakan detik bersejarah bagi industri penerbangan Malaysia selain membuktikan pertumbuhan pesat syarikat penerbangan dalam negara.

Beliau juga gembira dengan peningkatan penumpang ke Langkawi daripada 1.4 juta penumpang pada 2011 kepada 2.3 juta penumpang pada 2015.

“Ini menunjukkan bahawa permintaan untuk penerbangan domestik sedang berkembang pesat,” katanya.

Menurut Liow, kementerian komited dan sentiasa memberi sokongan kepada pihak-pihak berkepentingan bukan sahaja bagi tujuan penambahan laluan penerbangan, malah untuk kemajuan industri secara keseluruhan.

Usaha itu, katanya, fokus kepada pertumbuhan sektor penerbangan menerusi latihan kemahiran dan pembangunan modal insan khususnya melalui DCA dan Akademi Penerbangan Malaysia.

“Saya mengucapkan tahniah kepada AirAsia atas kejayaannya hari ini. Saya yakin bahawa laluan terbaharu ini akan mengeratkan lagi hubungan baik antara Malaysia dan China, dan saya juga positif bahawa jumlah pelancong dari ekonomi kedua terbesar dunia itu ke Langkawi juga akan bertambah,” katanya. – BERNAMA

Tags: DCALiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Manusia ‘Kebal’ Cili Wujud Di Indonesia

Next Post

Peguam Ditahan Semula Berhubung Kes Bauksit

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

Next Post

Peguam Ditahan Semula Berhubung Kes Bauksit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd