Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Konon ‘Demand’, Farah Anggap...

HANYA kerana raut wajahnya yang sedikit tegas, pelakon yang dikenali dengan watak Aisy...

UK Gesa Sekatan Senjata...

LONDON - Ahli Parlimen Britain menggesa sekatan senjata lanjut dilaksanakan ke atas Myanmar...

PPBM Bakal Berkubur, RoS...

SEBAGAIMANA dijangkakan pelbagai pihak, jangka hayat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal berakhir...

Bayi Lahir Beberapa Minit...

SEORANG bayi lelaki dilahirkan di tepi jalan selepas sebuah bas persiaran dinaiki keluarga...

Lelaki Tertua Dunia Meninggal Pada Usia 112 Tahun

NAGOYA - Lelaki paling tua di dunia, Yasutaro Koide, disahkan telah meninggal dalam usia 112 tahun di bandar raya Nagoya pada pagi 19 Januari, kata sejumlah pegawai kerajaan setempat Jepun.

Stesen penyiaran antarabangsa BBC melaporkan, Koide yang lahir pada 13 Mac 1903, secara rasmi diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia oleh pihak Guinness World Records pada awal Ogos tahun lalu.

Ia susulan kematian Sakari Momoi; juga warga Jepun dari Fukushima meninggal dunia dalam usia juga 112 tahun akibat penyakit ginjal awal Julai tahun lalu selepas diiktraf pihak Guinness pada Ogos 2014.

Ketika itu, Koide menyatakan bahawa rahsia umur panjang dirinya adalah tidak pernah merokok selain tidak meneguk minuman alkohol, tidak berlebihan dalam segala hal, malah ‘hidup gembira’.

koide

Beberapa pegawai kerajaan tempatan menjelaskan, mendiang meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan radang paru-paru, namun mereka tidak pula memberikan maklumat lebih terperinci.

Setakat ini, masih belum jelas siapakah bakal menggantikan posisi Koide sebagai lelaki tertua di dunia. Gelaran manusia tertua dunia masih dipegang wanita Amerika Syarikat, Susannah Mushatt Jones.

Berusia kini adalah 116 tahun, Jones yang lahir di Alabama mendapat gelaran itu pada 1 April tahun lalu setelah kematian Misao Okawa, wanita Jepun dari Osaka yang meninggal dunia dalam usia 117 tahun.

Orang tertua yang pernah hidup menurut catatan Guinness ialah Jeanne Calment, wanita dari Perancis, yang hidup 122 tahun dan 164 hari sebelum meninggal pada 4 Ogos 1997. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Leave a Reply