FENOMENA memanjat ke bangunan tinggi merupakan satu gejala yang semakin gemar dilakukan oleh golongan belia hari ini hanya kerana nekad naik ke tempat tinggi ini semata-mata ingin merakam gambar.
Baca: Dua Remaja Maut Kerana Inginkan Gambar Selfie Menarik
Terbaharu, seorang lelaki dari Suffolk, England, dilaporkan tertidur di atas bangunan Lloyd Building yang berketinggian 14 tingkat di Lime Street, London hanya kerana ingin mendapatkan gambar matahari terbit.
Matthew Adams, 23; bersama rakannya, Daniel Batchelor, 26; menghabiskan masa satu malam untuk sampai ke bahagian tertinggi bangunan tersebut dengan memanjat.

Walaubagaimanapun, mungkin kerana keletihan ketika memanjat, dia dan rakannya tertidur sehingga terlepas momen indah bagi menyaksikan saat matahari terbit di kota metropolitan Britain itu.
Tidak berputus asa, kedua-duanya tetap meneruskan misi mereka bagi memastikan berjaya merakamkan saat-saat indah matahari terbit dari sudut bangunan tinggi berkenaan.
Matthew mengakui, dia berasa tenang apabila berada di bahagian tertinggi sebuah bangunan dan menyatakan itulah kepuasan sebenar bagi dirinya.
“Ibu saya merasakan saya gila, namun ianya merupakan satu aktiviti yang patut dilakukan oleh semua orang.”
Mungkin hobi dan minat setiap orang di atas muka bumi ini berbeza, namun janganlah kita memilih untuk melakukan aktiviti yang boleh menggadai nyawa hanya kerana disebabkan minat. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro UK
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=nBt48Ny3jRU]


