Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

DAP Bakal Kawal Yadim...

BIADAB... Pelantikan Muslim proksi DAP dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dilihat agenda licik...

2 Kerabat Diraja Arab...

MOSCOW - Dua kerabat terdekat keluarga diraja Arab Saudi ditahan kerana disyaki mengkhianat,...

Jenazah Kapten Hasman Diterbangkan...

KUALA LUMPUR - Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang disahkan...

Broker Jualan Kenderaan Dibebas...

PUTRAJAYA - Seorang broker jualan kenderaan bergelar Datuk, yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan...

Lelaki Lepas Tembakan Dalam Restoran Makanan Laut

IPOH – Seorang lelaki melepaskan satu das tembakan di dalam sebuah restoran makanan laut dua tingkat di Medan Ipoh di sini, malam tadi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.05 malam itu, suspek yang memakai topi kaledar masuk ke aras bawah restoran berkenaan lalu melepaskan tembakan ke arah siling kedai.

“Kejadian berlaku kurang daripada seminit, selepas itu suspek terus melarikan diri.

“Semasa kejadian hanya terdapat tiga pelanggan serta seorang pekerja di dalam restoran,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Menurut Sum pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan dan beberapa kedai di kawasan sekitar untuk mencari petunjuk.


“Kita juga rakam percakapaan pekerja, pemilik restoran serta kedai bersebelahan dan ini adalah kes pertama melibatkan premis ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori