• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Terus Melabur Dalam Negara, Bantu Tingkat Ekonomi

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus melabur dalam negara tahun ini bagi membantu menyokong ekonomi Malaysia.

“Kami akan terus melabur. Kami sedang mengenal pasti aset yang sesuai untuk melabur,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan kepada Bernama di sini.

Shahril berkata strategi yang sama akan dilaksanakan dengan membawa masuk rakan asing untuk melabur dalam negara.

“Inilah sebahagian daripada peranan yang kami laksanakan, membawa masuk hubungan yang telah kami jalin di luar negara,” katanya.

Shahril berkata sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dana pencen itu menggalakkan rakan globalnya melabur bersama-sama di Malaysia.

Ini termasuk pembabitan terbarunya dalam hab logistik bersama Goodman Group Australia, dan secara berasingan dengan beberapa dana pencen global.

Ditanya mengenai unjuran peruntukan pelaburan domestik tahun ini, Shahril berkata ia berbeza dari semasa ke semasa.
“Ia bergantung kepada ketersediaan aset yang sesuai. Kami tidak menyasarkan sasaran tepat,” katanya.

Pelaburan daripada syarikat tempatan sangat penting dalam merangsang ekonomi domestik selari dengan kedudukan ekonomi dunia yang lemah.

Justeru pada September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelbagai langkah untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Ini termasuk menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), dan firma swasta membawa pulang keuntungan untuk melabur dalam projek tempatan yang mempunyai kesan pengganda yang luas.

Najib berkata sejak pulih daripada krisis kewangan Asia 1997/1998, syarikat swasta dan GLIC di luar negara sudah meluaskan dan meningkatkan pelaburan masing-masing, melebihi jumlah pelaburan langsung dalam negara.

Sehingga Jun 2015, Malaysia merupakan pengkesport bersih modal.

Pelaburan yang dibuat oleh GLIC di luar negara bernilai RM522 bilion berbanding pelaburan langsung asing sebanyak RM477 bilion.

Shahril ditemui pada majlis pembinaan akhir Pusat Tanjung Pagar bernilai RM9.7 bilion oleh GuocoLand Group, di sini.

KWSP menguasai 20 peratus kepentingan dalam projek ini.

Ditanya mengenai pelaburan KWSP di Singapura, Shahril berkata dana itu tidak mempunyai rancangan untuk melupuskan kepentingannya dalam projek pembangunan Pusat Tanjung Pagar.

Sementara itu, Pengarah Urusan GuocoLand (Singapore) Pte Ltd Cheng Hsing Yao menyifatkan KWSP sebagai rakan profesional jangka panjangnya.

GuocoLand menjalin perjanjian dengan dana pencen Malaysia itu pada 2011 untuk memajukan projek berkenaan, yang bakal menjadi bangunan tertinggi di republik ini.

Syarikat itu menjual 20 peratus pegangannya, bernilai kira-kira RM1.95 bilion, kepada KWSP dalam projek pembangunan pelbagai kegunaan di kawasan seluas 1.7 juta kaki persegi di atas stesen MRT Tanjong Pagar.

GuocoLand memperoleh tapak pajakan 99 tahun ini yang menelan belanja kira-kira RM5.21 bilion.

Pusat Tanjung Pagar setinggi 290 meter dijadual siap pada pertengahan 2016. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]trrKtf0kux8[/wpdevart_youtube]

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd