• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Politik Kedah: Mukhriz Perlu Berjiwa Besar

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi mengelakkan kemelut politik Kedah berlarutan, seorang penganalisis politik berpendapat adalah lebih baik bagi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir memilih untuk berjiwa besar dengan mengutamakan perpaduan UMNO dan kepentingan parti.

Penyandang Kursi Tun Abdul Razak dan Professor Pelawat Sains Politik di Universiti Ohio, Amerika Syarikat, Prof Dr Jayum Jawan berkata langkah terbaik yang wajar diambil oleh Mukhriz bagi menyelesaikan pergolakan politik di Kedah adalah dengan meletak jawatannya sebagai Menteri Besar.

“Langkah itu (meletak jawatan) secara langsung dapat mempertahankan maruah dan integriti Mukhriz sebagai seorang pemimpin kerana sudah jelas beliau tidak mendapat sokongan daripada semua (ketua) Umno Bahagian di Kedah,” katanya kepada Bernama.

Sejak 20 Jan lepas, suasana politik di Kedah ‘panas’ apabila Mukhriz menerima tekanan daripada barisan kepimpinan UMNO Kedah yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Jayum, yang juga Timbalan Ketua Kluster (Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa) Majlis Profesor Negara, berkata kesediaan Mukhriz untuk menjaga kepentingan parti seiring dengan pendiriannya sebelum ini yang menegaskan bahawa beliau akan tetap setia kepada UMNO.

Mukhriz, yang juga ADUN Ayer Hitam, turut dilaporkan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gFta6U5KBB8[/wpdevart_youtube]

Tags: Mukhriz Mahathir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd