• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tikam Pelajar: 6 Lelaki Direman Bantu Siasatan

oleh Ahmad Albab
24/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Enam lelaki berumur antara 15 dan 21 tahun, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki ditikam hingga mati di Bandar Puteri Jaya, di sini pada 19 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di Sungai Petani, bermula dengan penahanan seorang remaja berusia 15 tahun pada hari kejadian.

“Kesemua suspek dikenakan reman yang akan tamat antara 25 dan 29 Jan ini,” katanya kepada Bernama, ahad.

Md Zukir berkata mangsa dan suspek dipercayai saling mengenali antara satu sama lain dan motif kejadian adalah samun.

“Polis turut merampas satu buku lima, satu pisau lipat dan sebuah motosikal untuk membantu siasatan.

“Berikutan penahanan enam suspek itu, kes ini dianggap selesai. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya.

Pada 19 Jan lalu, seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Wijaya, K Kishen, 16, mati ditikam sewaktu berjalan di hadapan sebuah pasar mini di Bandar Puteri Jaya, kira-kira pukul 10 malam. – BERNAMA

Tags: pelajartikam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd