Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

IJN Mohon Sumbangan Bagi...

KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) memohon sumbangan dana daripada individu dan...

Perogol Bersiri Potong Organ...

SEORANG lelaki, yang ditangkap di Rusia beberapa hari lalu telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya...

Pokemon GO Bantu Elak...

KUALA LUMPUR - Pokemon GO, permainan realiti telefon pintar, yang secara beransur-ansur menawan...

PKR Hantar Memorandum Kepada...

KUALA LUMPUR - Awal-awal lagi parti pembangkang sudah kelihatan sangat cemas untuk berhadapan...

Kes Penipuan Komersial Libatkan Kerugian RM2.43 Bilion

KUALA LUMPUR – Kes penipuan jenayah komersial yang diterima Polis Diraja Malaysia tahun lepas melibatkan kerugian sebanyak RM2.43 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 95.1 peratus berbanding tahun 2014 iaitu RM1.86 bilion.

“Sepanjang tahun lepas polis menerima 132,925 laporan polis berkaitan jenayah komersial,” katanya dalam sidang media Analisis Prestasi Tahunan JSJK Bagi Tahun 2015, di sini, hari ini.

Beliau berkata laporan polis yang diterima meningkat 9.01 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2014 iaitu 121,934 kes.

Katanya daripada jumlah laporan polis yang diterima pada tahun lepas, sebanyak 19,533 kertas siasatan telah dibuka.


Dalam pada itu, seramai 7,019 individu ditangkap melakukan kesalahan berkaitan jenayah komersial pada tahun lalu.

Mortadza berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain polis turut mendedahkan penipuan ‘African Scam’ tahun lepas melibatkan 1,521 kes dengan nilai kerugian RM199 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori