• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Altantuya: Azilah Mohon Pengampunan Sultan Selangor

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri, hari ini memohon pengampunan diraja daripada Sultan Selangor terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh model Mongolia, Altantunya Shaariibuu.

Peguamnya Datuk Hazman Ahmad berkata pihaknya telah mengemukakan petisyen pengampunan diraja itu kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, pagi tadi.

Petisyen itu antaranya mengandungi nota keterangan kes itu, rekod rayuan dan nas perundangan, katanya ketika dihubungi Jumaat.

Ditanya berapa lama proses pengampunan itu, Hazman berkata ia terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor.

“Itu terpulang kepada budi bicara dan masa Tuanku. Tertuduh tidak perlu hadir pada perbicaraan itu,” katanya.

Hazman berkata beliau menfailkan petisyen itu selepas mendapat arahan daripada Azilah, 38, yang kini ditahan di Penjara Kajang.

“Setiap pesalah mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mengemukakan petisyen pengampunan diraja,” jelas beliau.

Menurutnya sesi pendengaran itu nanti mungkin dihadiri lima atau enam anggota panel dengan dipengerusikan Sultan Selangor.

Menteri Besar Selangor, Peguam Negara atau wakil daripada Peguam Negara dan anggota-anggota lain yang dilantik oleh Sultan Selangor juga akan menghadiri sesi pendengaran itu.

Pada 13 Jan tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Azilah dan seorang lagi bekas anggota UTK Sirul Azhar Umar, 48, kerana membunuh Altantuya selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan mereka.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendapati mereka bersalah membunuh wanita itu dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Pada hari mahkamah membuat keputusan, Sirul Azhar tidak hadir kerana telah melarikan diri ke Australia.

Bagaimanapun, dia ditahan pada 20 Jan tahun lepas oleh pegawai Imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah.

Dia kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul Azhar selepas mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006. – BERNAMA

Tags: Altantuyaazilah hadriSultan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi

DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS berhubung isu penternakan babi...

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Jamal Md Yunos mengkritik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd