• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pinda Akta Tangani Darjah Kebesaran Palsu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414) bagi menangani isu penganugerahan pingat dan darjah kebesaran palsu di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan memandang serius gejala itu yang turut melibatkan penganugerahan gelaran “Datuk” dan “Datuk Seri”.

“Kerajaan mengambil maklum akan isu penganugerahan pingat dan darjah kebesaran terutama yang membawa gelaran “Datuk” dan “Datuk Seri” yang dikurniakan oleh individu yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia semakin berleluasa.

“Anugerah yang dimaksudkan ini bukan sahaja melibatkan individu yang mendakwa berketurunan raja di dalam negeri malah oleh sultan atau raja di negara-negara jiran yang tidak diiktiraf oleh negara ini.

“Kerajaan tidak mahu pemberian anugerah tersebut oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang mungkin mempunyai agenda tertentu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azalina berkata, cadangan meminda Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414). dipersetujui dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini.

Menurutnya, status penggubalan Rang Undang-Undang tersebut masih di peringkat dasar kerana memerlukan pengesahan antara daripada negeri-negeri mengenai penggunaan gelaran dan panggilan.

Jelasnya, setelah Rang Undang-Undang itu dimuktamadkan, ia akan dikemukakan semula kepada Majlis Raja-Raja untuk persetujuan sebelum dikemukakan untuk kelulusan Jemaah Menteri dan seterusnya dibawa ke Parlimen. – mynewshub.cc

Tags: AnugerahKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nirvana Terima Anugerah Video Vanguard MTV, Kenang Legasi Kurt Cobain

Nirvana Terima Anugerah Video Vanguard MTV, Kenang Legasi Kurt Cobain

28/09/2026
0

LOS ANGELES – Kumpulan grunge legenda, Nirvana menerima penghormatan berprestij Video Vanguard Award pada MTV Video Music Awards (VMA) 2026...

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd