• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Pastikan Rakyat Tak Menderita Kerana Bauksit

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Arahan pemberhentian sementara perlombongan bauksit di Kuantan merupakan tindakan tegas kerajaan agar rakyat tidak terus menderita akibat pencemaran air dan alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata walaupun pemberhentian itu cuma sementara rakyat harus melihatnya daripada sudut positif.

Moratorium 3 Bulan Untuk Perlombongan Bauksit

“Saya yakin kerajaan Pahang akan melaksanakan peraturan dan undang-undang yang berkesan untuk menangani dan mengawal kesan buruk akibat perlombongan bauksit ini,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan dengan kumpulan media maya di Denai Larian di sini, malam tadi.

Semalam, Kabinet mengeluarkan arahan supaya aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan diberhentikan selama tiga bulan mulai 15 Jan ini.

Shahidan berkata tindakan penduduk Kuantan membakar lori membawa bauksit pada 22 Dis lepas kerana kecewa dengan tindakan kerajaan negeri gagal menangani isu itu, harus dipandang serius.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada campur tangan pihak berkepentingan dalam aktiviti perlombongan ini namun tindakan drastik dan tegas perlu diambil demi memelihara kesejahteraan rakyat.

“Soal ada tangan tersembunyi atau tidak adalah perkara nombor dua. Soal tangan itu saya tak tau. Yang penting sekarang kita selesaikan isu ini yang menjadi kemarahan penduduk Kuantan,” katanya.

Terdedah Debu Bauksit Tempoh Lama Boleh Sebabkan Alzheimer

Perlombongan bauksit yang tidak terkawal di kawasan Bukit Goh, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan sejak pertengahan 2014 menyebabkan penduduk di situ menanggung kesan debu yang teruk manakala air sungai dan laut bertukar warna menjadi merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit selepas hujan pada 28 Dis lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]uRpVKofSl0E[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd