• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Arab Saudi Tangkis Dakwaan Terhadap Najib

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengesahan tentang sumbangan Arab Saudi berhubung dana yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah cukup untuk menangkis dakwaan terhadap perdana menteri, menurut seorang penganalisis.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain, dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kenyataan sumber berpengaruh Arab Saudi yang mengesahkan mengenai sumbangan dana itu seharusnya menghentikan segala tuduhan tidak berasas oleh pelbagai pihak terhadap Najib sebelum ini.

Laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) memetik sumber yang tidak mahu dinamakan yang menyebut bahawa sumbangan wang itu dibuat atas arahan Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah dengan menggunakan wang peribadi dan dana negara.

Kenyataan itu antara lain mengesahkan bahawa dana berkenaan pernah dimasukkan ke dalam akaun Najib sebagai langkah membantu Najib memenangi pilihan raya umum 2013 kerana Arab Saudi bimbang dengan penularan pengaruh pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Mohd Izani berkata: “Kalau sumber kerajaan Arab Saudi mengesahkan bahawa ada memberi dana kepada perdana menteri, maka jawapan yang telah diberi perdana menteri sebelum ini juga benar, bahawa beliau ada menerima dana dari Timur Tengah.

“Dari segi tujuannya, tidak perlu dipersoalkan lagi kerana apa yang jelas ia hanya dana dan tidak mempunyai syarat timbal balik. Ini tidak perlu diragui lagi. Ada pihak sengaja nak memburukkan imej perdana menteri dengan menuduh tanpa asas,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Izani berkata bukan sesuatu yang pelik untuk sesebuah parti politik memperoleh dana asing.

“(Pemberian dana) ini juga mungkin berdasarkan hubungan baik yang dijalin Kuala Lumpur dan Riyadh,” katanya.

Mengenai keputusan Najib memulangkan semula RM2.03 bilion kepada penyumbang berkenaan, Mohd Izani berkata ia terserah kepada Najib untuk berbuat demikian.

“Perdana menteri boleh untuk menerima dan menolak. Mungkin pemulangan itu, (sebab) perdana menteri merasakan tidak ada keperluan untuk menggunakannya lagi,” katanya.

BBC dalam laporannya pada Rabu memetik sumber berpengaruh Arab Saudi sebagai berkata: “Tujuan sumbangan ini sangat mudah, membantu Najib memenangi pilihan raya, mendapatkan khidmat pasukan komunikasi strategik yang berpengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah tertentu terutamanya di Sarawak, selain menaja program sosial melalui kempen parti”.

Pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu sidang akhbar bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]VyVYmYIe658[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd