• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 3 Tahun Yang “Diculik” Di JB Disahkan Selamat

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kanak- kanak perempuan berusia tiga tahun, Angie Tiong, yang didakwa oleh bapa kandungnya diculik kini disahkan selamat dan berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. yang mengesahkan perkara itu berkata, kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis kira-kira pukul 9.30 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

“Penyerahan dilakukan oleh wakil pasangan suami isteri yang mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkat,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata pasangan itu merupakan rakyat Malaysia tetapi menetap di Singapura setelah mendapat status penduduk tetap.

Mereka tidak mempunyai anak dan menjalankan perniagaan.

Pada 11 November, bapa Angie membuat laporan polis kononnya anaknya diculik pada hari sebelumnya selepas menyedari anaknya itu tidak pulang selepas kali terakhir dia diambil oleh seorang rakan dari sebuah hotel bajet di Taman Pelangi, di sini.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu kemudiannya didapati tidak diculik sebaliknya diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri di Singapura yang telah membayar sejumlah RM12,000 kepada seorang ejen.

Siasatan lanjut kemudian mendapati bapa kandung kanak-kanak itu sebenarnya telah menandatangani perjanjian dengan seorang lelaki yang bertindak sebagai ‘orang tengah’ pada satu tempoh yang tidak didedahkan.

Perjanjian itu adalah untuk ‘menjual’ kanak-kanak itu dan sejurus penyerahan anaknya, bapa Angie dibayar RM12,000.

Wan Ahmad Najmuddin berkata susulan siasatan, polis telah menahan reman bapa kanak-kanak itu yang berusia 33 tahun dan telah dibebaskan pada 30 Disember.

“Dia masih lagi dipantau dan pasangan suami isteri itu pula akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes culikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd