• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jus Daun Betik Penawar Demam Denggi Masih Dikaji

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan masih menjalankan kajian berhubung kegunaan jus daun betik sebagai penawar demam denggi, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet.

Katanya, peningkatan platelet ini hanya satu daripada pelbagai proses yang berlaku dalam pesakit yang menghidap demam denggi.

“Kajian masih lagi diadakan berkaitan kegunaan jus daun betik bagi demam denggi. Pihak kementerian juga tidak menyediakan jus daun betik di hospital kerajaan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas kenyataan oleh pihak tertentu bahawa daun pokok betik mengandungi bahan kima yang berbahaya iaitu ‘cyanogenic glycoside’ yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati, buah pinggang dan jantung dan seterusnya menyebabkan kematian.

Menurutnya, pokok betik tergolong dalam kumpulan ‘cyanogenesis’ lemah iaitu yang menghasilkan hidrogen sianida dalam kuantiti sedikit [terdapat 0.02 miligram (mg) sianida dalam empat helai pucuk daun betik dan jumlah ini berkurangan apabila daun itu bertambah matang].

Dr Noor Hisham berkata, dos sianida paling rendah untuk memudaratkan manusia adalah sebanyak satu mg bagi setiap kilogram (kg) berat badan.

Oleh itu, katanya, seseorang yang mempunyai berat badan 60 kg memerlukan 12,000 helai daun betik pada satu masa untuk mengakibatkan keracunan.

“IMR sudah menjalankan kajian keselamatan dengan mengenakan dos tertinggi 2,000 mg bagi setiap kg berat badan diuji dalam haiwan makmal.

“Dalam kajian ini, tiga jenis cara pengambilan digunakan iaitu satu dos sahaja, satu dos setiap hari selama 28 hari dan satu dos setiap hari selama 90 hari, hasilnya didapati tiada kesan sampingan ke atas buah pinggang, hati dan jantung.

“Keputusan ujian darah pula adalah normal sementara kajian khusus ke atas hati (kajian hepatotoksiti) juga adalah normal,” kata Dr Noor Hisham.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kementerian juga telah mendaftarkan produk-produk yang mengandungi daun betik (folium carica papaya) di bawah kategori produk tradisional.

Sehingga kini, Dr Noor Hisham berkata belum ada sebarang produk tradisional atau suplemen kesihatan yang didaftarkan dengan PBKD untuk merawat demam denggi. – BERNAMA

Tags: demam denggiKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd