Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

‘Geng Tampin Square’ Aktif...

TAMPIN - Tiga individu yang dikenali sebagai 'Geng Tampin Square' dipercayai terlibat aktif...

Maharaja Akihito Akhiri Pemerintahan...

TOKYO – Maharaja Akihito akan menyerahkan takhta kepada anak sulungnya, Putera Naruhito, sekali...

Kenderaan Dicuri Akibat Kecuaian...

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret Kuantan memutuskan bahawa kecuaian pemilik meninggalkan kenderaan di tepi...

Rayuan Ditolak, PRN Sabah...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dikemukakan 33 Ahli Dewan Undangan...

JPJ Tubuh Pasukan Skuad Khas Kesan Kenderaan Klon

PENDANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menubuhkan pasukan Skuad Khas awal tahun ini bagi mengesan kenderaan klon yang semakin banyak digunakan di negara ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau berkata 25 anggota JPJ yang telah dilatih khusus itu akan bergerak ke setiap negeri melalui operasi besar-besaran dan siasatan menyeluruh turut
dilakukan bagi mengesan kenderaan atau individu yang terlibat dalam sindiket berkenaan.

“Anggota ini boleh mengetahui kenderaan itu tulen atau klon hanya dengan melihat keadaan fizikal kenderaan yang digunakan seperti penggunaan lampu hadapan,” katanya selepas merasmikan program JOM JPJ Peringkat Negeri Kedah hari ini.

Ismail berkata sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 506 kenderaan klon telah disita dan angka sitaan itu dijangka akan meningkat sekali ganda tahun ini hasil daripada operasi yang akan dijalankan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita anggarkan terdapat 2,000 hingga 3,000 kenderaan klon yang masih berada di jalan raya, jadi operasi berterusan akan dilaksanakan bagi menyita kenderaan terbabit.

“Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak merupakan kawasan utama pemantauan pihak JPJ kerana sitaan kenderaan klon banyak dibuat di sana,” katanya.


“Ada yang sanggup mengambil risiko membeli kenderaan klon terutamanya jenama mewah seperti Mercedes Benz dan BMW walaupun sudah mengetahui dari awal tahap ketulenan kenderaan terbabit kerana terpengaruh dengan harga murah yang ditawarkan iaitu sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sahaja,” katanya.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak membeli kenderaan klon ini kerana risikonya sangat tinggi memandangkan ia tidak didaftarkan dan tidak dilindungi mana-mana insurans sekiranya berlakunya kemalangan,” katanya.

Sementara itu, dalam program hari ini, JPJ telah bekerjasama dengan 16 agensi lain dengan membuka kaunter seperti perkhidmatan pembayaran saman bagi memudahkan masyarakat di kawasan pedalaman. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0ns3b2JL4DU[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori