• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Kaji Daftar Lori Hantu

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mewajibkan semua lori hantu didaftarkan selain menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cadangan itu masih di peringkat kajian tetapi ia adalah antara usaha meningkatkan penguatkuasaan terhadap lori hantu bagi mengatasi kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berkenaan.

“Kita kena pastikan lori hantu mengikut undang-undang dan melalui prosedur sama seperti kenderaan komersial lain,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat Cawangan JPJ Putrajaya di Presint 4, di sini Jumaat.

Katanya dua kemalangan di Kajang dan Sabak Bernam baru-baru ini membabitkan pelajar amat menyayat hati, dan perlu diberi perhatian serta tindakan tegas terhadap lori hantu di negara ini.

Sementara itu, Liow berkata JPJ merancang membuka beberapa lagi pejabat cawangan baharu tahun ini di kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi penduduk.

“Selepas Putrajaya, JPJ akan membuka satu lagi cawangan di Manjalara, Kepong pada Mei ini bagi mengurangkan kesesakan di pejabat JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata orang ramai kini boleh memberi cadangan bagi menambah baik Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara).

“Orang ramai boleh memberi cadangan di mana jalan atau lebuh raya yang sesuai diletakkan kamera AES,” katanya.

“Bagi Kejara, contohnya apabila 20 markah dipotong, maka lesen memandu digantung selama satu tahun dan mungkin gantikan satu tahun itu dengan kursus pemulihan kepada pemandu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Liow percaya pengenalan sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang akan bermula pada Mei ini dapat menangani sindiket kereta klon di negara ini.

“Sistem berkenaan akan mendaftarkan kereta asing kebanyakannya dari Singapura di pintu masuk negara bagi mengelakkan kenderaan berkenaan diklonkan sebelum dijual dengan harga murah di negara ini,” katanya.

Liow berkata terdapat 2,000 hingga 3,000 kereta klon di Malaysia dan sebanyak 707 kenderaan klon disita JPJ tahun lepas. – BERNAMA

Tags: JPJlori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

23/03/2026
0

JERAM, 23 Mac – Seorang lelaki maut dalam keadaan tragis selepas tersepit di dalam sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd