• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPAM Cadang Tempatkan Pasukan Penyelamat Di 2 Lagi Kawasan Di N.Sembilan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan mengenal pasti kawasan perkelahan Jeram Toi di Ulu Klawang, Jelebu dan Jeram Tengkek, Jempol untuk menempatkan pasukan penyelamat kecemasannya.

Pengarah JPAM negeri Lt. Kol. (PA) Kamal Mokhtar berkata cadangan menempatkan pasukan penyelamat itu timbul memandangkan kawasan perkelahan dan rekreasi berkenaan berisiko berikutan peningkatan pengunjung terutama pada hujung minggu, cuti umum dan cuti persekolahan.

“Dua kawasan ini adalah kawasan baharu di negeri ini yang dicadangkan untuk menempatkan pasukan penyelamat kecemasan JPAM. Perkara ini telah dibincangkan dengan kerajaan negeri dan kita sedang menunggu ‘lampu hijau’ dari Jabatan Perdana Menteri,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Setakat ini, JPAM telah menempatkan pasukan penyelamat kecemasan di Gunung Datuk, Rembau dan Gunung Angsi, Kuala Pilah.

Kamal berkata antara peranan pasukan itu ialah memberikan perkhidmatan kecemasan kepada orang ramai serta pemulihan kepada mangsa.

“Kita bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan, polis dan bomba jika berlaku kecemasan di kawasan bukit itu seperti pendaki tersesat, cedera dan sebagainya.

“Apabila pasukan itu ditempatkan di kawasan berkenaan, kita adalah pasukan pertama yang dapat memberi bantuan kepada mangsa.

“Kita menempatkan antara empat dan lapan anggota di kawasan itu. Waktu bertugas adalah pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti persekolahan, mulai 8 pagi hingga 6 petang,” katanya.

Selain itu, Kamal berkata pihaknya juga menempatkan pasukan itu di tiga menara tinjau di pantai Port Dickson bagi memantau orang ramai yang mandi di situ.

“Kita mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), polis dan bomba jika berlaku kecemasan seperti lemas dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPAMNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api  – Zahid

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api – Zahid

26/09/2026
0

MELAKA - Jangan terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi yang terlibat...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

26/09/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd