JIKA anda lihat perkembangan laman sosial Facebook pada setiap tahun, sudah pastinya terdapat ciri-ciri baharu yang diperkenalkan oleh mereka.
Perkara seperti antaramuka baru, gambar profil berkonsepkan .gif video HTML5 dan terbaru, butang ‘Dislike’ yang akan dibangunkan tidak lama lagi.
Di mana tulang belakang kepada idea kreatif tersebut tentulah tidak lain dan tidak bukan pengasasnya, Mark Zuckerberg.
Selain idea kreatifnya, beliau sering membuat cabaran peribadi untuk beberapa perkara di luar bidang kerja beliau.
Menurut Zuckerberg, beliau baru-baru ini telah mengumumkan cabaran terbaru iaitu ingin membangunkan sebuah sistem kepintaran buatan ringkas (AI) dan mengawal beberapa perkara dalam rumah serta tugasan harian beliau, lebih kurang seumpama Jarvis dalam filem Iron Man.
Mark Zuckerberg mengatakan beliau akan menggunakan beberapa teknologi sedia ada, dan mengajarnya memahami suara untuk mengawal beberapa perkara di rumah beliau, seperti suhu rumah, lampu, muzik dan sebagainya.
AI ini juga dijangka akan menyemak apa yang berlaku dalam rumah, dan memberikan notifikasi kepada beliau.
Ia sesuatu yang menarik untuk melihat cabaran peribadi beliau untuk tahun ini, dan mungkin kita akan melihat beliau berkongsi akan perkembangan pembangunan kepintaran buatan peribadi.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Mark Zuckerberg