• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Guna Landasan Politik Demi Kepentingan Bisnes, Peribadi

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu ahli politik yang lebih mengutamakan perniagaan serta kepentingan peribadi berbanding khidmat kepada rakyat untuk berundur daripada pentas politik.

Beliau berkata sikap segelintir pemimpin dan anggota politik itu merosak dan mencemar nama baik parti serta negara.

“Elaklah, agar tidak berlaku korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Harus ada titik pemisah kerana negara akan rosak kalau ada golongan seperti ini,” katanya semasa merasmikan Program Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata golongan seperti ini menjadi punca kepada pandangan negatif rakyat kepada ahli politik dan anggota kerajaan, serta menjejas peluang kepada golongan usahawan sebenar, terutama usahawan muda yang mahu bertapak dalam bidang perniagaan.

Beliau berkata tugas dan tanggungjawab utama pemimpin serta anggota parti politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, dan bukan untuk menjadikan parti politik sebagai platform untuk mendapat lebih banyak tender kerajaan.

“Beri peluang kepada usahawan muda. Cukuplah… jangan rosakkan nama orang politik,” katanya.

Ahmad Zahid meminta mereka yang berpolitik supaya memberi sepenuh tumpuan kepada politik manakala yang berniaga pula memberi sepenuh tumpuan kepada perniagaan masing-masing.

Menurutnya golongan yang berniaga atas landasan politik tidak akan dapat kekal dan bertahan lama kerana ia berbeza dengan golongan peniaga sebenar yang tidak mencampur aduk urusan perniagaan dan politik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]RO7ipUwILVY[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd