• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buat Spekulasi Penemuan Objek Didakwa Serpihan Pesawat

oleh Ahmad Albab
29/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Polis Terengganu mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pememuan objek yang dipercayai serpihan pesawat yang dijumpai di Kampung Benting Lintang, di sini semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata siasatan lanjut berhubung penemuan objek itu sedang dilakukan pihak yang berkenaan.

Katanya, wakil daripada jabatan dan agensi terlibat telah hadir untuk melakukan pemeriksaan pada serpihan dan di lokasi penemuan objek terbabit.

“Biar pihak berkaitan jalankan siasatan lanjut berhubung penemuan tersebut terlebih dahulu bagi mengenal pasti serpihan objek yang ditemui itu.

“Kami harap orang ramai tidak melakukan sebarang spekulasi sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, penduduk di Kampung Benting Lintang gempar dengan penemuan satu objek didakwa serpihan bangkai pesawat di pantai berhampiran.

Penemuan serpihan itu sekali gus menimbulkan spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.

Sementara itu, sekumpulan wakil Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines hadir di lokasi penemuan bagi memeriksa objek didakwa serpihan pesawat itu.

Proses pemeriksaan berlangsung kira-kira sejam.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]6PMFCq-ppko[/wpdevart_youtube]

Tags: pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd