• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buat Spekulasi Mengenai Tahap Keselamatan Negara

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mencetus kebimbangan umum berhubung tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata agensi keselamatan negara telah diarah untuk meningkatkan lagi usaha menangani kemungkinan ancaman keganasan di negara ini susulan serangan pengganas di beberapa bandar besar dunia.

Katanya kerajaan telah bersetuju untuk mengambil langkah-langkah tertentubagi menghalang dan mematahkan sebarang usaha pengganas untuk menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara ini.

“Ini termasuk keputusan kerajaan untuk memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang akan membolehkan kerajaan bertindak dengan lebih berkesan dalam menangani keganasan di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya MKN, yang dipengerusikannya, memandang dengan amat serius ancaman daripada pengganas yang bersifat keagamaan melampau.

Najib berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat MKN esok untuk membincangkan segala langkah keselamatan yang telah diambil serta perkembangan terkini termasuk kejadian keganasan di Jakarta minggu lepas.

“Saya yakin dan percaya setiap rakyat yang cintakan keamaman dan keharmonian akan bersama-sama dalam semua usaha kerajaan menentang ancaman keganasan.

“Kita mesti bersatu padu dalam menangani ancaman pengganas ini,” katanya.

Lapan orang – empat pengganas dan empat orang awam – disahkan terkorban dalam insiden serangan keganasan di Jakarta, Khamis lepas.

Susulan insiden itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi bagi mengelak insiden seumpama itu berlaku di Malaysia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ogQjnJ4D8QQ[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd