Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lupakan Maldives, Lagi Best...

DUBAI - Pulau St. Petersburg, sebahagian daripada projek The Heart Of Europe (THOE)...

Pekerja Kilang Maut, Kereta...

KOTA TINGGI - Seorang pekerja kilang maut selepas kereta yang dipandunya dilanggar sebuah...

Lima Cedera Pesawat Ringan...

KANANGA - Lima cedera apabila pesawat ringan yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Udara Kemanusiaan...

Tidak Boleh Hamil, Elyana...

TIDAK boleh terbayang perasaan seseorang wanita yang tidak berupaya untuk mengandungkan anaknya sendiri. Itulah...

Hampir 200 Petani Rugi Rm1.6 Juta Tanah Sawah Jerlus

NIBONG TEBAL – Hampir 200 petani di beberapa kawasan di Sungai Acheh di sini, mengalami kerugian lebih RM1.6 juta kerana hasil tanaman padi mereka tidak dapat dituai akibat tanah jerlus.

Anggota Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Su­ngai Aceh Datuk Mahmud Zakaria berkata kawasan yang menghadapi masalah tanah jerlus itu ialah jalan Batas Baru, Batas Menteri, Batas Pinang B, Sungai Air Hitam, Batu 3, Sungai Tongkang dan Sungai Udang.

“Kira-kira 200 hektar kawasan sawah di sini terjejas akibat kejadian tanah jerlus yang serius menyebabkan jentuai tidak dapat masuk dan menuai padi yang telah matang.

“Pada musim sebelum ini (musim 1/2015) ada berlaku tanah jerlus, tapi tidaklah seteruk ini,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai masalah tanah jerlus di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Acheh di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian tanah jerlus itu dipercayai berpunca daripada keadaan cuaca tidak menentu dengan taburan hujan yang tinggi pada musim menuai menyebabkan air dalam petak sawah tidak kering sepenuhnya.

Mahmud berkata apabila padi yang telah matang tidak dapat dituai pada waktu sepatutnya, tangkainya akan patah menyebabkan padi rebah dan rosak.


Sementara itu, Pegawai Kemajuan Negeri Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Syed Shaari Syed Abdullah yang turut melawat PPK itu berkata pihaknya telah merekodkan maklumat daripada petani dan akan bertindak segera bagi mengatasi masalah tanah jerlus itu.

Beliau berkata antara perancangan jangka pendek yang diambil pihak Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang untuk mengatasi masalah itu setakat ini ialah membina parit tepi dan menambah baik parit buang bagi memudahkan penyaliran air keluar dari petak sawah.

Dalam pada itu, seorang petani, Abdul Hamid Saidin, 57, berkata beliau mengalami kerugian lebih RM14,000 apabila padinya di Kampung Batas Pinang yang telah matang gagal dituai kerana tidak dapat dimasuki jentuai.

“Saya terpaksa mengeluarkan kos sendiri membeli tanah merah dan masukkan ke dalam kawasan sawah saya bagi menguatkan struktur tanah dan membolehkan mesin padi masuk.

“Tapi saya tak mampu nak beli banyak tanah merah kerana ia agak mahal dan kawasan sawah saya hampir dua hektar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori