• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Azmi Nikah Semula Bekas Suami 26 Februari Depan

oleh AK-47
22/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH lebih setahun bergelar janda, produser terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan dirinya bakal bernikah semula dengan bekas suami, Mohd Eddie Ghazali pada 26 Februari depan.

Menurut Raja Azmi, keputusan kembali semula itu dibuat selepas mendapat petunjuk dari Allah dan pada masa sama dirinya juga mencintai Eddie yang juga bekas gitaris kumpulan CRK itu.

raja

“Saya akui jatuh cinta semula kerana dia sentiasa ada ketika saya gembira dan bersedih. Saya juga beberapa kali buat solat Istiqarah dan Alhamdulillah memang Allah beri petunjuk ke arah ini.

“Alhamdulillah, hati saya terbuka sekali lagi untuk bernikah dengannya dan berharap perkahwinan kali ini kekal hingga ke akhirat.

“Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat, hanya akad nikah dan doa selamat sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Raja Azmi, walaupun mereka telah lebih setahun bercerai, bekas suaminya itu tidak pernah jemu berusaha membuka hatinya untuk kembali bersama.

“Saya belajar untuk lebih banyak bersabar dan dia juga sudah sedar apa kesalahan-kesalahannya dahulu. Insha’Allah kami akan bina semula rumah tangga ini dengan baik.

“Saya juga berharap orang ramai dan peminat turut mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.

Majlis akad nikah pasangan ini akan diadakan di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang, selepas solat Isyak.

Raja Azmi dan Eddie mendirikan rumah tangga pada 13 Oktober 2013 sebelum bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Sebelumnya Raja Azmi pernah mendirikan rumah tangga dengan bintang badminton beregu kebangsaan, Jailani Sidek namun bercerai pada 27 Jun 2012 setelah 28 tahun usia perkahwinan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Raja Azmi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zamani Bakal Terbit Single, Bersatu Semula Dengan Slam

Next Post

Mangsa Gilis Lori: “Kaki Adik Boleh Tumbuh Balik Tak?”

Related Posts

Sering Share Gambar ‘Sweet’ Ini Alasan Raja Azmi

09/06/2016
0

KEPUTUSAN untuk berkahwin semula dengan Eddie selepas bercerai kali pertama dahulu, ternyata memberi sinar bahagia buat Raja Azmi. Buktinya, lihat sahaja...

Demi Cinta Pada Suami, Raja Azmi Berhenti Rokok

28/04/2016
0

TAHNIAH diucapkan kepada penerbit terkenal Raja Azmi kerana berjaya berhenti merokok sejak lima minggu lalu. Menurut Raja Azmi, dia mengambil...

Next Post

Mangsa Gilis Lori: "Kaki Adik Boleh Tumbuh Balik Tak?"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd