• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gol Rooney Legakan Van Gaal, Kecewakan Liverpool

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIVERPOOL – Manchester United meraih tiga mata berharga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Liverpool di Anfield, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal yang disumbangkan Wayne Rooney pada minit ke-78 itu pasti memberi kelegaan berganda buat pengurus Red Devils, Louis van Gaal yang dikatakan menghitung hari untuk dipecat selepas prestasi kurang menyerlah United musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan United kini mengumpul 37 mata selepas 22 perlawanan dan menghuni kedudukan kelima dalam carta liga.

Keputusan itu juga turut menyaksikan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri sekali gus berdepan masalah prestasi tidak menentu.

Liverpool yang sekadar seri 3-3 di stadium sama berdepan Arsenal, Khamis lalu terus bergelut untuk merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. Liverpool kini mengumpul 31 mata selepas mencatat lapan kemenangan, tujuh seri dan tujuh kekalahan sepanjang musim ini. – Agensi

[wpdevart_youtube]_3vOKG_IcqY[/wpdevart_youtube]

Tags: Wayne Rooney
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rooney Buat Hal Lagi, Ditahan Di Lapangan Terbang

07/01/2019
0

WAYNE Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur bersama alkohol semasa di dalam pesawat. Bekas...

“Malam Yang Akan Diingat Sampai Bila-Bila”

16/11/2018
0

WAYNE Rooney tidak dapat menahan sebak selepas aksi perlawanan persahabatan England bertemu Amerika Syarikat. Rooney yang telah bersara dari karier...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd