• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faktor Kumulatif Beri Kesan Terhadap Ketidaktentuan Ringgit

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketidaktentuan ringgit merupakan kesan daripada faktor kumulatif termasuk jangkaan penormalan kadar faedah di Amerika Syarikat.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ia menjejaskan kebanyakan ekonomi negara-negara sedang pesat membangun dan tidak terhad kepada Malaysia.

“Kejatuhan harga komoditi dan tenaga misalnya sekali lagi tidak hanya membabitkan Malaysia. Ada persepsi bahawa Malaysia akan terjejas teruk kerana kita merupakan sebuah ekonomi pengeluar minyak,” katanya dalam temu bual ‘CNBC Conversation’ semasa Forum Kewangan Asia di Hong Kong.

Bercakap kepada pengacara CNBC Asia, Bernard Lo, Zeti menjelaskan Malaysia menyusun semula ekonominya dan mempelbagaikan struktur ekonomi kepada perkhidmatan dan pembuatan.

“Kedua-dua sektor itu menyumbang sebanyak 80 peratus daripada ekonomi kami. Bagi kerajaan, mereka telah melaksanakan pembaharuan fiskal, rasionalisasi subsidi serta GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan),” kata Zeti.

Beliau berkata pergantungan kepada hasil minyak telah dikurangkan daripada lebih 40 peratus kepada kira-kira 20 peratus manakala defisit fiskal diturunkan sejak beberapa tahun daripada enam peratus kepada 3.2 peratus.

Katanya, dalam keadaan itu, negara telah mengurangkan pergantungannya terhadap tenaga sebagai sektor ekonomi penting, dari segi struktur ekonomi, pekerjaan dan pendapatan fiskal, namun pasaran masih tidak pulih.

“Justeru itu, kita mempunyai persepsi bahawa setiap kali berlaku pemulihan harga minyak, mata wang akan meningkat.

“Itulah kaitannya dengan mata wang, dan sudah pasti sebarang ketidaktentuan domestik atau ketegangan politik, semua ini menyebabkan kemelut itu, jadi apa kita semua mahu lihat adalah melihat penyelesaian segera kepada semua masalah tersebut,” katanya.

Mengenai ekonomi global, beliau berkata ketika ini, terdapat banyak perkembangan yang berlaku, dan pada masa sama turut mempengaruhi pasaran kewangan.

“Pertama, anda menyaksikan perubahan dasar oleh Bank Rizab Persekutuan…penormalan dasar-dasarnya. Kedua, anda berdepan kejatuhan harga minyak serta berlakunya perkembangan geopolitik.

“Tidak ketinggalan perkembangan di China yang menyaksikan ekonominya yang semakin perlahan. Perkembangan pasaran kewangan mereka telah menjejaskan sistem pasaran kewangan global, jangkaan dan sentimen pelabur pasaran kewangan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]cJeuh5o1e_Q[/wpdevart_youtube]

Tags: Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RUU MKN 2015 Perkemas Undang-Undang Sedia Ada

Next Post

Tempoh Moratorium Aktiviti Bauksit Melegakan Penduduk Kg Felda Neram 1

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

Isu Zeti : Banyak Soalan Tidak Dijawab

02/12/2021
0

SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan seterusnya kerana timbul terlalu banyak persoalan. Siapa...

Next Post

Tempoh Moratorium Aktiviti Bauksit Melegakan Penduduk Kg Felda Neram 1

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd