• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU MKN 2015 Perkemas Undang-Undang Sedia Ada

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Dis lepas, akan melengkapkan undang-undang sedia ada dalam konteks menangani ancaman keganasan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata penggubalan akta itu akan melengkapkan lagi undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

“Namun, saya ingin tegaskan bahawa RUU MKN 2015 tidak harus disalah erti sebagai satu tindakan membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada Bernama.

Tegasnya, orang ramai harus faham bahawa RUU MKN 2015 membolehkan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan lokasi tertentu sebagai kawasan keselamatan.

“Sebagai contoh, ia membolehkan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan di KLCC sekiranya ada berlaku insiden keganasan di sana,” katanya.

Ayob berkata RUU MKN 2015 amat berbeza daripada pengisytiharan darurat yang terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata Perdana Menteri mempunyai kuasa menggunakan RUU MKN 2015 di sesuatu kawasan keselamatan yang memudahkan anggota keselamatan mengambil tindakan pencegahan dengan pantas.

Pada 22 Dis lepas, Dewan Negara meluluskan RUU MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.

RUU MKN 2015 itu memperuntukkan bidang kuasa khas, antaranya penahanan masuk dan pemindahan orang, perintah berkurung, kuasa untuk mengawal pergerakan jalan, kuasa menangkap dan kuasa menyita kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]Ufau459sfjI[/wpdevart_youtube]

Tags: RUU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Kota Kinabalu-Wuhan

Next Post

Faktor Kumulatif Beri Kesan Terhadap Ketidaktentuan Ringgit

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

Next Post

Faktor Kumulatif Beri Kesan Terhadap Ketidaktentuan Ringgit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd