• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

El Nino: Kerajaan Pusat Bantu Kelantan Jika Bekalan Air Kritikal

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Kerajaan pusat akan membantu Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) jika bekalan air kepada penduduk di negeri ini, kritikal akibat fenomena El Nino.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) kerajaan pusat sudah meluluskan peruntukan RM30 juta kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mengatasi masalah bekalan air.

“Jika peruntukan itu masih tidak mencukupi akibat kesan El Nino kerajaan pusat bersedia untuk menimbang peruntukan tambahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Rasmi Negara di Sekolah Menengah Sains Machang di sini, Sabtu.

Lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada guru dan pemimpin masyarakat menghadiri seminar berkenaan.

Ahmad Jazlan yang juga Anggota Parlimen Machang mengulas perancangan AKSB yang akan menggunakan sumber air bawah tanah melalui telaga tiub bagi menampung kekurangan bekalan air yang mungkin berlaku berikutan fenomena El Nino.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan, Datuk Hanifa Ahmad dilaporkan berkata setakat ini terdapat lebih 30 telaga tiub yang boleh membekalkan air kepada 33 loji rawatan air di negeri ini.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata kerajaan pusat sentiasa memberi fokus utama untuk membantu Kelantan bagi mengatasi masalah bekalan air.

Beliau berkata ini disebabkan negeri itu paling banyak mempunyai masalah dalam usaha membekalkan air bersih kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar, berbanding negeri lain.

“Tiada ancaman El Nino pun Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang sering kali terputus akibat batang paip lama yang berkarat sejak puluhan tahun tidak diganti dengan paip baharu, apatah lagi jika berlaku fenomena itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: El NinoKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selepas Suami, Abang Celine Dion Pula Tenat Akibat Kanser

Next Post

Rakyat Johor Bakal Nikmati Satu Lagi Perkhidmatan Bas Percuma

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

Rakyat Johor Bakal Nikmati Satu Lagi Perkhidmatan Bas Percuma

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd