• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Suspek Pecah Rumah Ditahan

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditahan polis dalam serbuan di kawasan Setia Indah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai suspek kes pecah rumah itu berusia antara 30 hingga 50 tahun.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari ‘Team Lejang Khas’ membuat serbuan di Setia Indah dan berjaya menangkap dua lelaki yang mencurigakan lebih kurang jam 8 malam.

“Semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek ada rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sulaiman berkata, penahanan dan pemeriksaan ke atas dua lelaki terbabit membawa kepada rampasan pelbagai barangan.

Antara barangan yang dirampas adalah empat televisyen, dua komputer riba, pemprosesan komputer (CPU), pembesar suara, dua mesin pengira wang, penimbang digital, tiga telefon bimbit, beg, sarung tangan, pedang berserta sarung kayu, pasport warga asing, pemain DVD, sebuah tablet, kereta jenis BMW, kereta jenis Honda Stream dan plastik lut sinar di dalamnya mengandungi serbuk berwarna putih dipercayai dadah jenis heroin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau sebat.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi mengesan suspek lain aktiviti berkenaan,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: pecah rumahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd