• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Mengaku Tanam Mayat Bayi

oleh Ahmad Albab
20/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua beradik lelaki dipenjara 12 bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran bayi dengan cara menanam mayatnya, pada 9 Januari lalu.

Hukuman itu dijatuhi Majistret Siti Khairiah Abdul Razak terhadap kedua-dua tertuduh, Muhammad Faez Mohd Fuzi, 24, dan Mohamad Fazrul, 21, selepas mengambil kira pengakuan salah mereka, rayuan peguam dan hujahan pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh yang juga ibu kepada bayi lelaki itu, Nurul Atikha Abu Zarin, 26, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama dan dibenarkan ikat jamin RM3,200 sebelum mahkamah menetapkan 16 Februari depan untuk sebutan semula.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyembunyikan kelahiran bayi dengan jalan mengebumikan mayat sama ada bayi itu mati sebelum atau selepas dilahirkan.

Perbuatan itu dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, dekat sini, pada 9 Januari lalu, kira-kira 6 petang.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Harian Metro pada 13 Januari lalu melaporkan dua beradik dan seorang wanita bersekongkol menanam mayat bayi dalam belukar di Kampung Selaru, Dangi, Kuala Pilah, dan perbuatan mereka diketahui sebelum sepasukan polis menahan suspek dan ke lokasi bayi itu ditanam untuk siasatan. – myMetro Online

Tags: bayikes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd