• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dollah Bayangkan Perlis Bakal Hadapi Saingan Berliku

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Ketua Jurulatih Perlis, Dollah Salleh membayangkan pasukannya bakal menghadapi rintangan berliku dalam saingan Liga Perdana bermula pertengahan bulan depan.

Katanya kebimbangannya kerana tahap kecergasan dan kekuatan fizikal pemain belum memuaskan selepas seminggu berlatih kerana aspek ini sangat penting untuk memastikan Perlis mara lebih jauh.

“Justeru, saya terpaksa memperkenalkan corak agak keras untuk memantapkan pasukan ini walaupun beberapa pemain didapati tidak dapat mengikutinya dengan memuaskan.

“Saya yakin corak yang diperkenalkan ini berupaya meningkatkan ketahanan pemain. Pada masa sama saya berusaha membina keserasian dan kemantapan mereka,” kata Dollah kepada Bernama, di sini hari ini.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata beliau bagaimanapun gembira kerana semua pemain turun menjalani latihan mengikut jadual kecuali penyerang import, Gregory Junior Nwokolo yang dijangka tiba esok.

Dollah berkata Nwokolo, akan bergandingan dengan Edward Junior Wilson manakala Obinna Nwaneri akan memperkuatkan pertahanan dan Mohamadou Sumareh diletakan di sayap kanan.

Beliau yang ditanya mengenai cabaran yang pernah dibuat untuk mengembalikan kegemilangan ‘Singa Utara’ berkata ia tetap menjadi cabaran dirinya.

“Mana-mana pasukanpun ada cabarannya tetapi kami bermula dengan kosong tanpa dan pemain bintang. Sebab itu saya berazam memberikan yang terbaik dalam mengemudi Perlis dalam kancah Liga Perdana ini, katanya.

Dollah berkata beliau akan menguji pemainnya melalui perlawanan persahabatan menentang Kedah pada 1 Februari ini di Stadium Tuanku Syed Putra (STSP) pukul 8.45 malam.

Sementara itu pengurus pasukan, Afifi Osman berkata perlawanan dengan Kedah, yang diibaratkan abang-adik tetap menjanjikan aksi hebat kerana masing-masing akan menurunkan kesebelasan utama.

“Saya berharap penyokong-penyokong Perlis turun memenuhkan stadium untuk memberikan sokongan. Penyokong adalah nadi utama pasukan ini. Tanpa mereka stadium tidak akan berseri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dollah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd