• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Jual Pakaian Seragam Polis

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Padah menjual peralatan dan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa lesen, seorang peniaga ditahan di Taman Kampar Siswa di sini, semalam.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.30 petang, lelaki berusia 41 tahun itu berada dalam premis yang didapati turut menjual pelbagai uniform kelab sekolah seperti pengakap, pandu puteri dan bomba.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan telah menjalankan perniagaan tanpa lesen serta membekalkan kelengkapan dan peralatan pakaian seragam PDRM.

“Kita telah merampas pelbagai barangan antaranya lencana pelbagai saiz dan pangkat, beberapa pangkat antaranya Inspektor, Asisten Superintendan dan Sarjan, lencana integriti, butang, vest, tali pinggang, wisel dan buku saku PDRM.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah mula berniaga sejak setahun lalu dan kesemua rampasan bernilai RM2,500,” katanya.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan kepada orang awam memiliki alatan dan pakaian polis secara tidak sah melainkan pegawai dan anggota sahaja.

“Pihak polis akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memiliki, memakai dan menjual peralatan dan pakaian polis.

“Lelaki ini ditahan untuk diambil keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai melaporkan sebarang maklumat atau mengesyaki mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang di balai polis berhampiran. – Sinar Harian Online

Tags: pakaianpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd