Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Editor Sarawak Report ‘Ditahan...

SINGAPURA – Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown “ditahan sekejap” di Singapura pada Sabtu,...

NS Sumbang RM70,000 Kepada...

PORT DICKSON - Kerajaan Negeri Sembilan akan menyumbang RM50,000 kepada Tabung Kebajikan Tentera...

Keluarga T. Nhaveen Terima...

GEORGE TOWN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menyampaikan cek bayaran faedah pengurusan jenazah kepada keluarga T. Nhaveen, yang...

Nak Lontar Kata Kesat,...

NAMA pelakon ini terus melonjak naik seperti roket selepas kontroversi 'drama' putus cinta...

Diikat Di Pokok Lepas Curi Coli, Seluar Dalam Wanita

SUNGAI PETANI – Penduduk yang marah dengan tindakan seorang lelaki curi coli dan seluar dalam wanita di Kampung Sungai Muda, Kota Kuala Muda, di sini bertindak mengikat suspek pada sebatang pokok sebelum ditahan polis.

Terdahulu, suspek dilihat merayau-rayau di sekitar kampung dalam keadaan mencurigakan pada waktu tengah hari sebelum ditahan ketika sedang leka mencuri coli dan seluar dalam wanita dari beberapa rumah penduduk.

Seorang penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40; berkata beberapa lelaki menahan suspek dan menjumpai sejumlah coli dan seluar dalam milik penduduk di dalam baldi yang dibawanya.

“Kami berasa hairan kerana banyak pakaian tersebut hilang dari jemuran selama ini dan tidak menjangka lelaki yang muncul baru-baru ini rupa-rupanya adalah seorang pencuri,” katanya.

Penduduk kampung bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis sebaliknya menyerahkan pencuri itu kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan seterusnya.

Gambar lelaki itu yang diikat di pokok menjadi viral selepas tersebar menerusi media sosial sejak Khamis. – mStar Online


Baca: Jadi Pencuri Sebab Ketagih Bau Seluar Dalam Wanita

Juga: Misteri Siling Runtuh 2,000 Coli, Seluar Dalam Bertabur

Lagi: Guna Joran Untuk Curi Ratusan Pakaian Dalam Wanita

copet

ikat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori