• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi: 309 Kes Dicatatkan Di Klang 1-9 Jan

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sebanyak 309 kes demam denggi direkodkan di daerah Klang dalam tempoh sembilan hari pertama tahun ini (1 hingga 9 Jan) dengan dua kawasan ‘hotspot’ dikenal pasti iaitu di Taman Sentosa dan Bukit Tinggi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datuk Yasid Bidin berkata tiada sebarang kematian dicatatkan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, katanya MPK akan memperhebatkan pemeriksaan di tempat pembiakan nyamuk aedes khususnya di taman rekreasi, kompleks beli-belah dan stadium.

“Di samping itu, ceramah dan latihan diberikan kepada kontraktor pembersihan MPK setiap minggu supaya mereka lebih berhati-hati dan teliti dalam membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog pelan induk pengangkutan awam negeri Selangor bersama wakil rakyat dan badan bukan kerajaan di MPK di sini, malam tadi.

Yasid berkata kawasan perumahan di Taman Sentosa banyak merekodkan kes demam denggi kerana kawasannya yang rendah yang menyebabkan air bertakung di parit atau longkang.

Mengenai tindakan ke atas peniaga tempatan di Klang yang ‘mengalibabakan’ lesen perniagaan kepada pihak ketiga, Yasid berkata tindakan tegas akan diambil dengan membatalkan lesen mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

Sementara itu, Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas pengangkutan awam di negeri itu, Datuk Teng Chang Kim dalam sidang media sama berkata perkhidmatan bas percuma, Bas Selangorku yang dilancarkan di Selangor pada 1 Julai tahun lepas, mendapat sambutan menggalakkan.

Beliau berkata secara purata, sejumlah 3,700 pengguna dari tiga kawasan pihak berkuasa tempatan di Shah Alam, Subang Jaya dan Klang menggunakan perkhidmatan bas itu setiap hari.

Katanya perkhidmatan Bas Selangorku mengikut laluan yang ditetapkan dengan kekerapan perkhidmatan setiap 15 minit. – BERNAMA

Tags: denggiselangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cita-Cita Sebenar Bill Gates Sebelum Jutawan Teknologi

Next Post

Siti Hadiahkan Konsert Percuma Sempena Hari Jadinya

Related Posts

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

22/05/2025
0

KLANG: Kerajaan negeri mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan e-rokok sebelum tindakan...

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

Next Post

Siti Hadiahkan Konsert Percuma Sempena Hari Jadinya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd