Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Ketua Pembangkang DUN Melaka...

MELAKA - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Omar Jaafar hari ini mengarahkan...

DAP Mahu Kawal Urusan...

KUALA LUMPUR - Kaum Melayu tidak boleh berpecah kerana DAP sedang berusaha mengawal...

Clare Masih Lagi Tidak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Editor...

Vida Diarah Selesaikan Tuntutan...

IPOH - Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman diarahkan oleh Mahkamah Tinggi...

Demi Cinta Terhadap Seni, Danish Sanggup Berjauhan

SUNGAI SIPUT – Demi minat dan cinta kepada seni lakonan, Muhammad Danish Zakwan Mohamad Faidzal, 13, sanggup berjauhan daripada ibu bapa hanya semata-mata untuk menuntut di Sekolah Seni Malaysia (SSeM) di sini.

Muhammad Danish Zakwan adalah antara 50 pelajar Tingkatan Satu yang mendaftar untuk belajar di SSeM yang terletak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Siput, hari ini.

“Saya tak takut nak tinggal di asrama di sini, tapi saya takut ibu saya sahaja yang menangis nanti.

“Walaupun saya tinggal di asrama, setiap cuti hujung minggu saya akan pulang ke Kuala Lumpur,” katanya sambil menambah beliau meminati bidang seni kerana mengikut langkah abang dan kakaknya.

Anak keempat daripada enam beradik itu bercita-cita menjadi pengarah filem terkemuka dan pernah membintangi beberapa drama yang disiarkan di stesen televisyen swasta termasuk drama berjudul ‘Firdaus’.

Sementara itu, ibu Muhammad Danish Zakwan, Rudita Mohd Yusop, 41, berkata anak lelakinya itu memang berminat belajar di sekolah menengah yang mempunyai bidang seni.

“Dia yang minta sendiri menerusi iklan yang disiar dalam surat khabar, malah memberitahu saya mesti berusaha mendaftarkannya di sekolah seni.


Dalam pada itu pengetua SMK Muhibbah, Kamaruzaman Abdullah berkata sekolah berkenaan dijangka menjadi Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2020.

“SSeM di Perak dilaksanakan secara berperingkat iaitu dalam masa lima tahun akan ditukar ke sekolah berasrama penuh sekolah seni,” katanya.

Beliau berkata setakat ini seramai empat guru khas disediakan untuk mengajar program seni yang meliputi muzik, seni, teater dan tarian.

“Kesemua pelajar akan mengikuti keempat-empat bidang bagi aliran menengah rendah iaitu dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga sebelum memilih pengkhususan tertentu apabila memasuki menengah atas,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OLqNsdjnfJI[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • seni

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori