• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Kutuk Presiden PAS Sebab Terus Sokong PM

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terus memberi sokongan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Abdul Hadi merupakan satu-satunya bekas Ketua Pembangkang yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.

“Patut ditanya apakah pendirian Presiden PAS dalam isu ini sama ada Abdul Hadi menyokong keputusan Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) berhubung perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Apandi pada 26 Januari lalu mengumumkan Pejabat Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Beliau memberitahu, kertas siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diteliti dengan menyeluruh dan tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan jenayah rasuah.

“Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup,” katanya.

Media propembangkang yang ‘berang’ dengan keputusan itu kemudian menyiarkan berita berbaur putar belit tanpa pengesahan rasmi kononnya pihak SPRM mempertikaikan keputusan Peguam Negara tersebut.

Laporan itu disanggah oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang menjelaskan SPRM tidak mempertikaikan keputusan Peguam Negara yang mengarahkan kes siasatan itu ditutup. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]Mn0qjmth_cw[/wpdevart_youtube]

Tags: DAPLim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd