• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh: Jakim Beri Penerangan Kepada Lebih Sejuta Orang

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi penerangan dan kefahaman kepada lebih sejuta orang dari perspektif Islam tentang bahayanya fahaman kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya berpuas hati dengan pemahaman masyarakat tentang salah tafsir jihad dan fahaman pengganas dari sudut pandang Islam yang sebenar setelah setahun melaksanakan pelbagai sesi penerangan.

Katanya Jakim bersama-sama 38 agensi termasuk di peringkat negeri menggerakkan sesi penerangan ke seluruh negara sejurus diberi mandat untuk mengetuai sesi penjelasan mengenainya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal tahun lepas.

“Tahun lepas kita sasar beri penjelasan secara bersemuka kepada sejuta masyarakat tetapi kita dapat lebih daripada itu di mana dalam setiap majlis yang diadakan, mereka memberi respons yang baik berhubung kedudukan Islam dalam isu itu.

“Cuma kalau ada, penglibatan masyarakat dalam gerakan ini kita dapati ia dipengaruhi Internet…itu yang susah sikit kita nak kawal,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2015 di sini hari ini.

Othman berkata sesi penerangan yang turut dilaksanakan di sekolah pondok dan madrasah itu, turut memberi tumpuan kepada penjelasan berhubung penularan fahaman Syiah dan Wahabi di negara ini.

“Sesi penjelasan sebelum ini dibuat secara umum, namun dengan perkembangan terkini ancaman kumpulan militan, Jakim dengan makluman daripada pihak keselamatan akan memberi lebih tumpuan penjelasan di kawasan-kawasan yang berpotensi menularnya fahaman tersebut,” katanya tanpa menamakan kawasan itu.

Dalam pada itu, Othman berkata pengubahsuaian Bajet 2016 tidak akan merencatkan program kepentingan masyarakat yang dirancang Jakim seperti sesi penerangan tentang ancaman fahaman militan dan salah erti jihad.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan. – BERNAMA

Tags: DaeshJakim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd