• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selamatkan Tiga Lelaki Sesat Di Bukit Mor

oleh Ahmad Albab
04/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar berjaya menyelamatkan tiga lelaki dalam keadaan keletihan setelah sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Mor, Parit Jawa, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Marzuki Ismail berkata pihaknya menerima laporan kehilangan kumpulan lelaki terbabit menerusi panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 7.48 malam semalam.

“Setelah menerima laporan, seramai 12 anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi terbabit bagi melakukan operasi SAR menyelamat mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama Isnin.

Selain itu, seramai lima anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), lima anggota polis dan penduduk kampung turut membantu operasi tersebut.

“Lelaki tersebut dikenal pasti sebagai Tan Sze Yen, 26; adiknya, Tan Sze Kie, 23 dan Wong Ken Li, ditemui pada pukul 9.02 malam,” katanya.

Hasil siasatan awal beliau berkata mangsa Sze Yen dan Sze Kie mendaki bukit terbabit kira-kira pukul 5 petang.

“Kedua adik-beradik terbabit kemudian terjumpa seorang lagi lelaki iaitu Ken Li di atas puncak bukit sama yang turut tersesat,” katanya.

Marzuki berkata semua mangsa dalam keadaan baik namun kelihatan sedikit keletihan dan operasi ditamatkan pada pukul 10.16 malam tadi. – BERNAMA

Tags: BombaSesat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd