• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom: Rakyat Malaysia Dinasihat Berhubung Dengan Kedutaan

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Jakarta, Indonesia dinasihatkan mengambil langkah keselamatan dan mendapat nasihat pihak kedutaan terlebih dahulu, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata aspek keselamatan susulan insiden pengeboman di Jakarta pada 14 Jan lepas berada dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

“Adalah lebih baik mereka mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak kedutaan supaya mengambil langkah lebih berjaga-jaga agar sebarang bentuk insiden yang berlaku tidak akan menimpa rakyat kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama Jawatankuasa Veteran UMNO Kepala Batas, di Wisma UMNO Kepala Batas, di sini Sabtu.

Orang ramai boleh menghubungi kedutaan Malaysia di Jakarta menerusi talian 0062 21 5224 947 atau melalui e-mel kedutaan [email protected] bagi mendapatkan nasihat dan pandangan, katanya.

Tujuh orang — lima pengganas dan dua orang awam — disahkan terkorban dalam insiden tembak-menembak dan serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin, di tengah-tengah ibu kota Jakarta.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihak polis dan penyiasat di Madinah masih belum dapat mengesan rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Dis lepas, Nor Azimah Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau berkata Nor Azimah dipercayai tidak keluar meninggalkan negara itu dan masih lagi berada sama ada di Makkah atau Madinah.

“Saya boleh maklumkan bapa beliau telah pulang ke Malaysia ditemani seorang daripada profesor yang bertugas di Madinah. Pihak polis dan pihak penyiasat masih lagi melakukan sedaya mungkin untuk mendapatkan petunjuk bagi menjejaki Nor Azimah,” katanya.

Nor Azimah, 31, yang berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Dis.

Pada hari kejadian wanita itu berada dalam keadaan tidak sihat dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilapor hilang ketika berada di Masjid an-Nabawi. – BERNAMA

Tags: letupan bomReezal Merican
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd